Cara Menyediakan Resepi Rendang Tok Perak - Luqman Hakim Cara Menyediakan Resepi Rendang Tok Perak | Luqman Hakim
BREAKING NEWS

Info Artis

Advertisement

Informasi

Sukan

Jun 7, 2011

Cara Menyediakan Resepi Rendang Tok Perak

Resepi Rendang Tok Perak

Bahan-Bahan:
1 ½ kg daging lembu (dipotong kiub 5 cm)
150 gm bawang kecil
120 gm bawang putih
150 gm halia (dikisar)
10 batang serai (dikisar halus)

Bahan-bahan kisar:
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
½ sudu kecil lada hitam
10 biji buah pelaga
10 biji bunga cengkih
5 cm kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ biji kelapa untuk dibuat kerisik
2 biji kelapa (ambil santannya)
3 sudu kecil santan
2 sudu kecil gula
2 helai daun kunyit

Cara:
Perapkan daging bersama semua bahan-bahan kisar selama lebih kurang dua jam. Selepas itu bolehlah dimasak lebih kurang 2 hingga 2 1/2 jam sehingga kuah menjadi kering. Pastikan daging itu empuk dan lembut. Selepas itu, masukkan perasa.


Maklumat ringkas Rendang Tok

Rendang tok memang cukup terkenal di Perak. Namun, tidak keterlaluan jika dikatakan populariti makanan tradisi negeri Seladang itu kini sudah sampai ke seluruh negara.

Rendang tok sebenarnya dikatakan berasal dari Kampung Pisang Batu Gajah, Perak yang kemudiannya tersebar ke kebanyakan daerah di Perak.

Rendang Tok merupakan hidangan Melayu tradisional yang mempunyai cita rasa dan kelazatan yang tersendiri tanpa dicampur bahan pengawet dan perasa tiruan.

Lebih unik lagi, masakan Rendang Tok ini masih disediakan menggunakan cara tradisional iaitu di atas dapur kayu.

Hidangan ini dikatakan dibawa secara turun temurun sejak zaman dahulu kerana kaedah masakan yang melibatkan rempah dan bahan tradisional.

Nama rendang tok ini juga dikatakan digunakan pada zaman dahulu oleh kerana ia dimasak oleh orang tua pada ketika itu dan cara masakan pula sehingga kering dan berwarna hitam. Itulah asal usul nama rendang tok.

3 comments :

  1. pandai luqman memasak ek?.. nampak sedap sangat rendang tu !! ...mama memang suka rendang..

    ReplyDelete
  2. hurm nk ckp pandai pon tidak..tapi asas masak tu boleh la cam tanak nasi ke..gorang aym ke mcm2 la..kire boleh la skit -skit

    ReplyDelete

 
Copyright © 2013 Luqman Hakim
Share on Luqman Hakim. Powered byGoogle