Jul 15, 2011

Kerata Bugatti Veyron Milik Sultan Johor.terbaik woo...waa caya sama lu.

hihi assalamualaikum,ok malam ini luq ingin berkongsi tentang kereta Bugatti Veyron yang satu-satu ada di Malaysia.tapi siapakah pemilik Bugatti Veyron di Johor?..korang kenal ke ok..kalau tak kenal takpe..
pemilik Bugatti Veyron di Johor ialah Milik Sultan Johor sendiri.haa amacam teruja tak?



bugatti veyron sultan johor

Kereta yang terpantas di dunia iaitu Bugatti Veyron ini dikatakan milik Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim yang telah tiba di Malaysia baru-baru ini. Difahamkan Bugatti Veyron milik Baginda Sultan Ibrahim akan menjadi kenderaan yang pertama berada di Malaysia setakat ini. Terdapat spekulasi mengatakan sudah ada 2 orang individu yang memiliki Bugatti Veyron di Malaysia tetapi tiada yang dapat mengesahkan kesahihan berita tersebut.
Sesuai dengan hobi Baginda yang gemar mengumpulkan kenderaan yang bertaraf  ‘Super Car’ ini dan jarang dilihat di Malaysia. Jika diperhatikan pada gambar dibawah, terdapat sebuah motosikal Honda C70 (anak panah) dan semestinya lokasi ini ialah di Malaysia iaitu Johor Bharu. Menggunakan hiasan dalaman yang berwarna biru gelap dan putih melambangkan warna bagi negeri Johor. Begitulah sedikit sebanyak fakta yang mengatakan Bugatti Veyron berwarna biru muda dan putih ini milik Sultan Johor.
bugatti veyron sultan johor
bugatti veyron sultan johor
bugatti veyron sultan johor
bugatti veyron sultan johor
FORD F650 milik sultan johorSumber: Forum CariGoldebuah lagi kenderaan Super milik Sultan Johor iaitu FORD F650. Semua koleksi kenderaan mewah milik Baginda Sultan dibeli menggunakan duit Baginda sendiri iaitu hasil dari pelbagai perniagaan. Difahamkan Baginda juga membeli kereta mewah BMW untuk digunakan pihak polis yang mengiringi Baginda. Hebat bukan?
Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Bugatti Veyron yang anda perlu tahu:
1. Satu liter minyak yang di isi untuk Bugatti hanya boleh bertahan sejauh 3.2 kilometer sahaja.
2. Sistem brake yang digunakan untuk kereta Bugatti mampu bertahan untuk suhu setinggi 1800°C.
3. Tenaga yang digunakan bagi menjalankan enjin Bugatti mampu menghasilkan tenaga haba untuk 10 buah rumah ketika musim salji.
4. Bugatti Veyron menggunakan tayar Michelin PAX yang tidak dijumpai bagi mana-mana kenderaan. Sebuah tayar adalah 14.5 inci lebar iaitu 2 kali ganda tayar biasa. Tayar yang ingin ditukar harus di import dari Perancis dengan kos sehingga USD70,000.
5. Sebuah tangki minyak Bugatti mengambil masa sehingga 8 hari untuk disiapkan.
6. Kelajuan Bugatti mampu mencecah 100km/j dalam masa 3 saat dan 300km/j dalam masa kurang 14 saat.
7. Bugatti Veyron dapat berhenti pada kelajuan 400km/j dalam masa kurang dari 10 saat sahaja.
8. Pada kelajuan 400km/j di atas jalan raya, tayar Bugatti Veyron hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja.
9. Difahamkan harga bagi sebuah kenderaan yang dihasilkan di Perancis ini mencecah RM4 juta sebelum cukai. Jika termasuk cukai, harga terus melambung ke RM12 juta. Berminat?
10. Kuasa maksimum enjin Bugatti ialah bersamaan dengan 1100 BHP iaitu menyamai 10 enjin Campro CPS.
11. Sebuah enjin Bugatti mempunyai 16 silinder iaitu menyamai 4 buah enjin kereta biasa.
12. Bugatti Veyron mempunyai 7 gear sama seperti kereta Formula 1.
13. Berat kosong Bugatti ialah kira-kira 1.9 tan iaitu hampir sama dengan berat 2 buah kereta MyVi.
14. Pada kelajuan 400km/j ke atas, Bugatti menggunakan lebih kurang 1.2 liter petrol.
15. Pada kelajuan 400 km/j juga, jumlah udara yang disedut oleh enjin Bugatti membolehkan manusia normal bernafas selama 4 hari.

1 Add Comment so far

share benda ni ok! sy orang johor


EmoticonEmoticon