Sep 22, 2011

(Gambar) Kereta Paling Mahal Di Dunia Tata Goldplus Nano

Assalamualaikum, pernahkah anda lihat gambar kereta Tata Goldplus Nano?..ok jika korang semua belum pernah lihat kereta Tata GoldPlus Nano, kat sini saya akan kongsikan dengan anda gambar dan info tentang kereta paling mahal di dunia iaitu kereta Tata Goldplus Nano beserta dengan gambar kereta tata goldplus nano ni..harap korang suka la..

Tata Goldplus Nano Kereta kompak paling mahal
Kereta kompak selalunya dikaitkan dengan harga yang rendah, terutama untuk golongan remaja sebagai kereta pertama atau untuk perjalanan domestik seperti pergi dan pulang dari pejabat mahupun ke pasar atau lokasi berdekatan.
Namun ini bukan dalam situasi Tata GoldPlus Nano yang menjadi kereta kompak paling mahal di dunia keluaran Kumpulan Tata dari India.
Kumpulan Tata akhir memunculkan kereta kompak, Tata GoldPlus Nano yang bernilai AS$4.6 juta atau RM14.4 juta dengan disaluti 80 kilogram emas, 15 kilogram perak dan 10,000 batu berlian separa mewah.
Kereta kompak itu sedang dipamerkan di Mumbai buat masa ini, menurut laman automotif terkemuka tempatan, paultan.org.
“Malangnya, ini bukan untuk dijual – kereta kompak itu digunakan untuk tujuan penjenamaan dan promosi oleh GoldPlus Jewellery, yang mana sebahagian daripada Titan Industries, yang merupakan salah sebuah dalam syarikat Kumpulan Tata,
“GoldPlus merupakan rantaian peruncitan barang kemas terbesar di Tamil Nadu,” katanya lagi.
Dijual di India dengan harga serendah RM7,000.00 seunit sewaktu dilancarkan suatu masa dahulu, kereta kompak Nano itu dijangka di pasarkan pada harga sekitar sekitar RM20,000 sebuah jika mula menembusi pasaran tempatan.
Sementara itu, menurut arenakereta.com, Tata Nano kemungkinan besar akan dihasilkan dari kilang di Indonesia dengan pihak Tata Motors India kini dikatakan sedang menjalankan kajian terperinci berkenaan perkara itu dan telah mengadakan perbincangan dengan PT Astra International, syarikat auto terkemuka Indonesia, dan merancang pengeluaran menjelang 2013.
Jika kerjasama tersebut berjaya, Indonesia akan menjadi pusat pengeluaran utama bagi kawasan Asia Tenggara dengan tumpuan pasaran meliputi negara-negara ASEAN seperti Malaysia, Thailand dan Filipina.
Model kompak Tata Nano merupakan sebuah kenderaan penumpang dengan empat tempat duduk, telah mengejutkan industri automotif global pada tahun 2009 apabila harga yang ditawarkan paling rendah di dunia, RM7,000.00 seunit.
Pada bulan Mac 2011 yang lalu, Tata dikatakan berminat untuk bekerjasama dengan Proton bagi mengeluarkan kereta rakyat di Malaysia, merujuk kepada model Tata Nano. Namun sehingga kini masih belum ada perkembangan lanjut berkenaan perkara itu.
Memandangkan Tata telah merancang untuk mengeluarkan kereta Nano di Indonesia, berkemungkinan besar ura-ura untuk bekerjasama dengan Proton tidak kesampaian.


Kredit: Tata Goldplus Nano Kereta Paling Mahal Di Dunia | melvister.com 


EmoticonEmoticon