BREAKING NEWS

Info Artis

Advertisement

?max-results="+numposts5+"&orderby=published&alt=json-in-script&callback=recentarticles8\"><\/script>");

Category 7

Mar 1, 2011

Raja gagap kalahkan raja Facebook

ANUGERAH Academy ke-83 menjadi milik filem British, The King’s Speech, apabila filem yang mengetengahkan kisah seorang raja gagap cuba mengatasi masalahnya itu bukan hanya dinobatkan Filem Terbaik, sebaliknya si sutradara, Tom Hooper membawa pulang trofi Pengarah Terbaik manakala Colin Firth menggenggam anugerah Pelakon Lelaki Terbaik. 

Selain itu, filem yang mengetepikan saingan sembilan lagi calon akhir lain itu membawa pulang trofi lakon layar.
Saingan terdekatnya, The Social Network, bagaimanapun tidak pulang hampa apabila memenangi trofi lakon layar adaptasi, suntingan dan skor muzik. Aktres Natalie Portman pula mengulangi pencapaiannya pada Anugerah Golden Globe, Anugerah BAFTA, serta kira-kira 10 anugerah lain apabila diumumkan Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya sebagai penari balet bermasalah dalam Black Swan.




Sementara itu, pelakon British, Christian Bale dan Melissa Leo, masing-masing dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, hasil persembahan mereka dalam filem bercorak drama, The Fighter. 

Firth, yang sememangnya dianggap calon pilihan untuk menjulang trofi terbabit kerana lakonan hebatnya sebagai King George VI berjenaka: "Saya dapat berasakan, karier seni saya baru saja hendak memuncak." 

Kemenangan The King’s Speech secara tidak langsung menidakkan kekuasaan filem arahan David Fincher, The Social Network, yang mengetengahkan kisah asal usul kewujudan Facebook. Filem itu dianggap antara pencabar terkuat pada anugerah kali ini, yang berlangsung dengan penuh gemilang di Kodak Theatre, Los Angeles, semalam. 
Hooper pula ketika menerima anugerah Pengarah Terbaik tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada barisan pelakonnya. 

"Terima kasih kepada pelakon saya yang hebat - gabungan cinta tiga segi antara lelaki iaitu Colin Firth, Geoffrey Rush dan saya sendiri. Saya berada di sini hanya kerana kalian." katanya. 

Leo yang menaiki pentas menerima trofi pelakon pembantu pula memang kelihatan tidak percaya dengan pengumuman yang baru didengarnya. 

"Benar, benar, benar wow! Saya tahu, ramai orang memberikan pujian kepada saya sejak beberapa bulan lalu, tetapi kini saya memang terketar-ketar di sini," katanya yang mengetepikan saingan pelakon The King’s Speech, Helena Bonham Carter, dan seorang lagi pelakon The Fighter, Amy Adams. 

Bale yang turut kelihatan terpinga-pinga sewaktu menaiki pentas pula berkata: "Dewan ini penuh dengan insan yang cukup berbakat dan memberikan ilham. Apa pula yang saya buat di kalangan anda semua?" 

Filem Inception yang turut bersaing dalam kategori Filem Terbaik cemerlang dalam aspek teknikal apabila diumumkan pemenang bagi kategori sinematografi, kesan visual, adunan bunyi dan suntingan bunyi. Manakala Alice in Wonderland mengungguli kategori arahan seni dan rekaan pakaian. Bagaimanapun, trofi solekan terbaik nampaknya berpihak kepada filem The Wolfman. 

Filem dari Denmark, In a Better World, berbangga dengan pencapaian sebagai Filem Asing Terbaik, sementara filem dengan catatan pecah panggung terbaik tahun lalu, Toy Story 3, memenangi anugerah Filem Animasi Terbaik dan Lagu Asal Terbaik menerusi irama ciptaan Randy Newman, We Belong Together. 

Anugerah Academy tahun ini diacarakan dua bintang muda, James Franco dan Anne Hathaway. 
 
Copyright © 2013 Luqman Hakim
Share on Blogger Template Free Download. Powered byBlogger