05/01/11 - Luqman Hakim
BREAKING NEWS

Info Artis

Advertisement

Informasi

Sukan

May 1, 2011

Arsenal Menang Menentang Manchester United 1-0 Di Tempat Sendiri

KEPUTUSAN BOLA SEPAK ANTARABANGSA
credit: manutd

Arsenal bermain dengan cemerlang malam ini dengan menang 1-0 lawan Machester United hasil jaringan Aaron Ramsey pada minit ke-56. Ramsey mengalahkan penjaga gol Man Utd, Van der Sar setelah menerima bola cantik daripada Robin Van Persie.

By the way, pengadil malam ini tidak mempamerkan kecekapan setelah gagal memberi penalti kepada Arsenal dalam separuh masa pertama setelah Vidic menggunakan tangan bagi menepis bola keluar dalam petak penalti yang mana Van Persie sudah bersedia untuk menanduk bola.

Apa-apa pun, sekali lagi pengadil gagal memberi penalti kepada Manchester United setelah pemain pertahanan Arsenal Clichy "menjatuhkan" Michael Owen dalam kotak penalti pada minit ke-87. By the way, kedua-dua pasukan tidak ada reason untuk complain sebab ianya dianggap "adil".

Suka betul Arsenal menang malam ini walaupun secara logiknya, juara adalah antara Manchester United dan Chelsea.


backlinks:http://sharinginfoz.blogspot.com/2011/05/arsenal-menang-menentang-manchester.html

Kalimah Allah Dan Cebisan Al-Quran Ditemui Di Tokong Cina

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang menemui kertas mentera mempunyai kalimah Allah dan cebisan Al-Quran di empat tokong Cina yang disyaki menjalankan amalan pemujaan dan nombor ramalan.Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIPP Azmah Abdullah berkata operasi dari 9 pagi hingga 3 petang itu dijalankan berdasarkan maklumat orang awam.

"Kami menjalankan siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan bagi memastikan tiada orang Islam yang terlibat dengan unsur-unsur pemujaan dan amalan syirik yang bertentangan dengan akidah.

"Dalam operasi ini kami telah temui kertas doa mentera dengan tulisan jawi dan mempunyai kalimah Allah, juga terdapat cebisan Al-Quran," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Katanya tiada orang Islam didapati berkunjung ke tokong-tokong berkenaan bagi melakukan pemujaan dan amalan syirik itu.Azmah berkata bagi cebisan Al-Quran dan penyalahgunaan kalimah Allah, pemilik tokong boleh didakwa mengikut Seksyen 14 (1) Akta Percetakan Teks Al-Quran yang memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM20,000.Turut dirampas dalam operasi itu ialah songkok dan sehelai kain yang mempunyai gambar masjid dengan kalimah 'Allahuakbar'.

Operasi tersebut dijalankan di Paya Terubong, Batu Lancang dan Jalan Gangsa, oleh lima orang petugas JHEAIPP dan empat dari Kementerian Dalam Negeri.Azmah berkata mengikut Perkara 2.3 Garis Panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), orang bukan Islam diharamkan atau tidak boleh menulis, mengukir, membentuk, mempamerkan dan menjual barang-barang yang ada ayat Al-Quran.
-- BERNAMA

Jom Blogwalking Dengan Cara Cepat ,Cermat,Beretika,Berdedikasi Dan Khemah..


hihi assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para blogger semua dan para hadirin sekalian..
pada kali ini saya ingin memberi sedikit tips cara blogwalking dengan betul dan cepat....

1. Sebagai medan mempromosikan blog, iklan dan lain-lain.
2. Penting bagi meningkatkan jumlah pengunjung blog.
3. Mendapatkan respon apabila anda buat entri/post baru
4. Melihat hasil seni blog orang lain dan membandingkannya dengan blog anda. Maka dari situ, anda sentiasa dapat mempelajari sesuatu yang baru baik dari segi cara membina blog yang bagus mahu pun mendapat maklumat yang belum pernah diketahui, bak kata pepatah “Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan”. Semakin banyak anda blogwalking, maka semakin matang blog anda.
5. Penting supaya dapat mencari kawan baru. Dah banyak kali hakim  jumpa blogger yang duduk dekat dengan tempat tinggal hakim  hasil dari blogwalking. Contohnya hakim dapat kenal dengan Mr Kodet, dia blogger yang hebat . So, dapat belajar buat blog yg bagus .
6.jika anda rasa susah untuk mencari link blogger...anda boleh dapatkan disini..
widget blogwalking  dengan ini anda semua tidak lagi susaha hati..sebab di sana
terdapat 200 link blogger..jadi senang la kamu semua..

sekian sahaja tip-tip blogwalking dengan betul dan selamat...
saya harap tips ini berguna kepada anda semua...semoga datang lagi ke blog saya ok.!

Blogger Yang Benci "iframe" Tapi Dia Sendiri Yang Gunakan..!


hihi assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua.
pada malam ini saya hanya ingin berkongsi apa yang saya tau...
korang pernah dengar tak pasal IFRAME?
pernah ke korang semua guna iframe?

korang nak tahu kenapa aku sengaja buat entri ni?
sebab ramai blogger yang mengatakan bahawa penggunaan iframe ini adalah blogger
sampah,blogger penipu,blogger pencuri dan macam-macam lagi la cacian mereka..
tapi pernahkah kah kamu perasan bahawa blogger-blogger yang mengatakan tidak pada 
iframe sebenarnya mereka sendiri menggunakannya ...
sebagai contoh!
ni gambarnya..TERBARU dari GENGBLOGGER!

tidak dinafikan lagi bahawa IFRAME ini amat berguna kepada
para blogger sekalian..kerana dengan cara MELETAKKAN CODE
IFRAME la entri mereka dapat terpapar pada POPULAR POST.


Adakah anda bersetuju dengan pendapat saya??
kalau bersetuju komen je kat tempat komen dan kalau anda tidak
bersetuju apa salahnya luahkan perasan anda itu pada kotak komen..hehe
dan jika anda semua ada pendapat tersendiri boleh la bagi tahu saya ok!



 
Copyright © 2013 Luqman Hakim
Share on Luqman Hakim. Powered byGoogle