BREAKING NEWS

Info Artis

Advertisement

?max-results="+numposts5+"&orderby=published&alt=json-in-script&callback=recentarticles8\"><\/script>");

Category 7

Apr 12, 2012

Gaji Hakim 2012

Gaji Hakim 2012 | Gaji Hakim Di Indonesia 2012 | Gaji Hakim di Malaysia 2012 | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin kongsikan kontroversi di indonesia di mana semua yang bekerja sebagai hakim mengadakan mogok...

JAKARTA - Sekumpulan hakim daerah yang tidak berpuas hati dengan gaji pokok mereka yang kecil mengancam mengadakan mogok untuk menuntut gaji lebih besar.
        
        Para hakim berkenaan mendakwa gaji mereka lebih rendah daripada pegawai perkhidmatan awam lain yang setaraf dengan mereka dan tidak menerima kenaikan gaji sejak empat tahun lalu sementara elaun mereka pula tidak dinaikkan sejak 11 tahun lalu.
        
        Media tempatan memetik seorang Hakim Daerah Aceh Tamiang Sunoto sebagai berkata bahawa hakim-hakim di sejumlah daerah telah menyatakan kesediaan untuk ikut serta dalam mogok itu manakala yang lain masih memikirkan sama ada akan turut serta atau tidak.
        
        Sunoto bagaimanapun berkata bahawa tindakan mogok itu merupakan langkah terakhir selepas mereka mendapatkan penjelasan daripada Mahkamah Agung tentang dasar yang diterapkan untuk kenaikan gaji mereka dan apa langkah yang telah diambil untuk menaikkan gaji mereka.
        
        Jika mogok tetap berlaku, bererti ia akan menjadi kali ketiga hakim-hakim di Indonesia mengambil tindakan sedemikian selepas tahun 1957 dan 1962.
        
        Difahamkan gaji pokok hakim terakhir yang disesuaikan pada Februari 2008 melalui Peraturan Presiden No 15 Tahun 2008, menetapkan gaji hakim dalam golongan IIIA sampai golongan IVE berkisar antara Rp1.976 juta dan Rp4.978 juta.
        
        Sementara kadar elaun hakim yang terakhir disesuaikan melalui Keputusan Presiden No 89 Tahun 2001, menetapkan elaun hakim bermula dari Rp650,000 hingga Rp2.6 juta.
        
        Selain elaun hakim, para hakim dan pegawai mahkamah juga mendapat elaun khusus prestasi kerja yang disebut elaun remunerasi, dan elaun remunerasi terkecil yang diterima hakim mahkamah kelas II ialah sebanyak Rp4.2 juta sebulan.
        
        Jurucakap Mahkamah Agung Gayus Lumbuun berkata langkah hakim-hakim daerah memprotes mengenai gaji rendah merupakan perkara yang wajar tetapi mereka dinasihatkan melakukan protes itu dengan cara elegan.
        
        "Tidak perlu mogok, bersidanglah (jalankan tugas). Apa lagi hingga melakukan penyimpangan daripada tugas yang diharapkan untuk menghadirkan keadilan untuk masyarakat," kata Gayus kepada akhbar harian Media Indonesia, Isnin.
        
        Mahkamah Agung, katanya akan terus memperjuangkan isu gaji mereka dan kini berada di peringkat penilaian oleh Dewan Perwakilan Rakyat serta kerajaan dengan harapan kadar kenaikan itu dipertimbangkan dengan wajar.- Bernama

Post a Comment

 
Copyright © 2013 Luqman Hakim
Share on Blogger Template Free Download. Powered byBlogger