Apr 24, 2012

PRU13 | SELANGOR TIDAK BUBAR DUN SERENTAK JIKA SPR GAGAL BERSIH DAFTAR PEMILIH

PRU13 | SELANGOR TIDAK BUBAR DUN SERENTAK JIKA SPR GAGAL BERSIH DAFTAR PEMILIH | KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan agar Selangor tidak turut serta dalam Pilihan Raya Umumke-13 (PRU13) serentak bersama Kerajaan Pusat jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkan senarai daftar pemilihyang dipertikaikan pembangkang.


Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, petang ini.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika PRU13 diadakan dalam tempoh singkat ini, Selangor tidak akan turut serta selagi SPR tidak membersihkan senarai daftar pemilih.

Pada 17 November lepas, Abdul Khalid berkata, Dun Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun ini meskipun kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas
Jun 2012.

PRU13 | SELANGOR TIDAK BUBAR DUN SERENTAK JIKA SPR GAGAL BERSIH DAFTAR PEMILIH

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen bagi menjimatkan peruntukan kewangan dan tenaga kerja.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula menyerahkan keputusan kepada kepimpinan parti untuk menentukannya.


EmoticonEmoticon