Apr 25, 2012

Tarikh Keputusan Permohonan UPU kemasukan sesi Akademik 2012/2013

Tarikh Keputusan Permohonan UPU kemasukan sesi Akademik 2012/2013 | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin kongsikan informasi berkaitan dengan Keputusan Upu 2012.Bilakah tarikh keputusan permohonan upu kemasukan  sesi akademi 2012/2013 diumumkan?

Tarikh semakan keputusan upu 2012  |  Mesti masa ini para pelajar lepasan spm 2011 tengah sibuk mencari info berkaitan dengan semakan keputusan upu 2012 kan ...??

Ok baiklah,Bagi lepasan SPM, SKM, Matrikulasi, Asasi, STPM dan setarafnya sesi akademik 2012 / 2012, rasanya semua sedia maklum bahawa Permohonan Online untuk Isi Borang UPU telah pun ditutup secara rasminya pada 2 April.


Tidak perlu lagi untuk korang buat sebarang permohonan UPU. Dan bagi sesiapa yang terlepas..rasanya tempoh dari 4 Januari ke 2 April 2012 adalah tempoh yang sangat lama.


hurm mesti korang semua yang lepasan SPM, SKM, Asasi, Matrikulasi, STPM dan setarafnya akan tanya… Bila akan diumumkan Keputusan Permohonan UPU sesi akademik 2012/2013?



Keputusan Permohonan UPU 2012 akan diumumkan tidak lama lagi. Jom lihat pula bilakah tarikh keputusan Permohonan UPU fasa 2 2012 akan diumumkan..?

Tarikh Keputusan Permohonan UPU kemasukan sesi 2012

1. Bagi calon lepasan SPM untuk kemasukan ke Asasi dan Diploma IPTA/Politeknik Premier, hebahan keputusan pada minggu pertama bulan Mei.
2. Bagi Lepasan STPM/Asasi/Matrikulasi untuk kemasukan ke ijazah, pada minggu kedua bulan Julai.
3. Bagi kemasukan ke Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA ialah pada minggu ke empat bulan Mei.
Jadi aku khususkan untuk lepasan SPM, boleh lah korang tahu keputusan permohonan UPU korang… adakah korang layak untuk masuk atau tak ke program Asasi atau Diploma IPTA/ Politeknik Premier pilihan bidang yang korang nak tu.

Cara dapat tahu keputusan Permohonan UPU kemasukan sesi 2012

Usah risau, anda akan mendapat surat tawaran terus ke rumah anda.. tanpa perlu bayar sebarang kos penghantaran pos. Jadi, kerja korang untuk dapatkan keputusan kemasukan Sesi akademik 2012 / 2013 hanya lah duduk dalam rumah je.

ok kepada yang berjaya boleh saya ucapkan taniah ...so boleh la  merancang selepas tahu tarikh bila Keputusan Permohonan UPU kemasukan sesi akademik 2012/2013 bakal diumumkan ye.
Selamat maju jaya selepas Keputusan Permohonan UPU diumumkan.
(saya tidak dapat sedih)haha

3 Add Comment

kenapa letakkan popular post yang menpunyai index cerita lucah...klau boleh,kawal..^_^

x payah buat benda pelik2


EmoticonEmoticon