Pantun Bulan Puasa Ramadan

Posted by Luqman Hakim

Pantun Bulan Puasa Ramadan   ?Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu informasi yang sangat menarik di mana, saya ingin kongsikan sebuah pantun semperna untuk menyambut Bulan Puasa Ramadan ini.




Di bawah ini saya kongsikan Pantun Bulan Puasa Ramadan.

Pantun Bulan Puasa Ramadan

Salam dihulur kasih diterima,
Agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,
Tingkatkan amalan hadkan selera…
Hubungan terikat sesama manusia,
Hati bertaut rasa dikongsi,
Nafsu disekat elakkan dosa,
Hati disuci pelbagai dimensi…
Bukan mudah menahan diri,
Bukan sukar mengawal situasi,
Tekadkan nurani tegarkan diri,
Ingatlah Yg Maha Melihat sentiasa di sisi…
Selera dijamah sebelum Subuh,
Azan Maghrib tanda berbuka,
Sebulan cuma Ramadhan berlabuh,
Mohon berkat selagi mata terbuka…
Siang bertahan menghitung waktu,
Terawih tak lupa di malam hari,
Mahmudahkan diri setiap waktu,
Walau Ramadhan kan pergi esok hari…

Related Post



Post a Comment