Jul 6, 2012

LIVE STREAMING MALAYSIA VS ARSENAL 24 JULAI 2012

MALAYSIA VS ARSENAL 24 JULAI 2012LIVE STREAMING MALAYSIA VS ARSENAL 24 JULAI 2012 | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua kerana sudi datang ke blog saya di sini saya ingin berkongsi dengan anda satu informasi yang sangat TERBAIK kepada peminat bola sepak di tanah air kita ini, iaitu berkaitan dengan Friendly Match MALAYSIA VS ARSENAL 24 JULAI 2012 .




Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal berjanji akan menurunkan pemain terbaik dalam perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Malaysia yang dijadualkan pada 24 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Sudah pasti kita akan membawa skuad penuh ke sini. Ia adalah persiapan bagi pasukan untuk musim akan datang,” kata Pengarah Pemasaran Arsenal Angus Kinnear pada sidang media di sini hari ini.
“Kebanyakan pemain senior dalam pasukan ini sedang bermain untuk Piala Eropah dan mereka akan kembali untuk latihan pramusim,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Naib Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal, Pengarah Komunikasi Arsenal Mark Gonnella dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ProEvents Julian Kam.
Kunjungan Arsenal ke Malaysia tahun lepas selepas jurang 12 tahun mendapat sambutan luar biasa peminat kelab gergasi EPL itu di negara ini.
Gonnella berkata: “Selepas melihat sambutan hangat sempena siri jelajah pramusim tahun lepas, kami tahu kami mempunyai sokongan kuat peminat Malaysia dan juga di rantau ini.”
“Sokongan daripada peminat Malaysia adalah sangat penting bagi kami dan ia adalah alasan kukuh kenapa kami ke sini. Kami akan bekerjasama dengan kelab peminat Arsenal di sini, iaitu sebahagian daripada aktiviti yang dianjurkan sempena kunjungan kami,” katanya.
Kelab pasukan bola sepak itu yang dikenali sebagai ‘The Gunners’ pertama kali melakukan kunjungan ke negara-negara Asia Tenggara pada 1999, dan lawatan kedua pasukan itu ke negara ini telah berjaya menarik puluhan ribu penonton ke Stadium Nasional.
Perlawanan persahabatan dengan Malaysia adalah perlawanan pertama Arsenal sempena Program Jelajah Asia 2012. Kelab itu juga akan turut melakukan kunjungan ke Beijing dan Hong Kong.
Terdahulu, dalam ucapannya Tengku Abdullah berkata ia adalah satu kebanggaan kerana berjaya membawa Arsenal kembali ke Malaysia.
“Malaysia sangat bertuah kerana Arsenal kembali semula ke negara ini dalam tempoh dua tahun berturut-turut. Pada musim panas tahun lepas, Arsenal mengunjungi Malaysia selepas 12 tahun berehat. Ia telah membangkitkan keceriaan dan menjadi perbualan hangat peminat kelab itu di negara ini.
“Lebih 55,000 peminat hadir pada sesi latihan dan perlawanan persahabatan pasukan itu, dan kami jangkakan lebih ramai penonton akan hadir kali ini,” kata Tengku Abdullah.
- BERNAMA


EmoticonEmoticon