Jul 3, 2012

SINOPSIS TELEMOVIE NASI YONG LEMAK TAUFU

TELEMOVIE NASI YONG LEMAK TAUFU |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua di sini saya ingin berkongsi dengan ada sebuah informasi baru yang berkaitan dengan dunia perfileman di negara kita , hehe sebenarnya saya hanya ingin berkongsi informasi berkaitan dengan sebuah telemovie baru bersempena dengan Ramadhan telemovie tersebut ialah nasi yong lemak taufu .



Sinopsis Telemovie Nasi Yong Lemak Taufu .

120320_OS_NY_poster_d
Telemovie arahan Apache ini dibintangi oleh Amar Asyarf, Julie Woon, dibantu oleh Shiela Mambo, Chew Kin Wah, Faiz Raja Lawak, Wira Raja Lawak, Kaza dan Acong. Telemovie ini akan ditayangkan di saluran RTM pada Ramadhan akan datang.


SINOPSIS :
Weni dan Kaidir duduk bersebelahan di dalam bas ekspress dengan tidak sengaja tertukar beg bagasi ketika mereka tergesa-gesa turun dari bas. Ketika rakan- rakannya, Wan dan Man , datang menjemput Kaidir , mereka bertanya sama ada dia sempat bersahur. Kaidir menyatakan bahawa dia memakan Yong Tau Fu milik seorang gadis cina.

IMG_1762
Berkisah pada Weni pula , dia begitu terkejut apabila mendapati bekas makanannya ialah nasi lemak. Ayahnya Wong , begitu marah apabila Weni cuba untuk memakannya keranaWeni kehilangan ibunya akibat nasi lemak.

Kaidir pulang ke rumah dengan rasa bersalah kerana termakan Yong Tau Fu. Kak Yong, ibu Kaidir mengesan sesuatu yang tidak kena dengan anaknya. Kak Yong begitu terkenal dengan masakannya iaitu Nasi Lemak Daun Pisang.

IMG_2850
Wong pula menghadapi masalah dalam perniagaan kedai kopitiamnya yang kekurangan pelanggan. Weni memahami masalah yang dihadapi oleh ayahnya dan cuba untuk membantu. Weni menghubungi Kaidir setelah mendapat maklumat yang dijumpai tempohari.

Setelah berkenalan mereka semakin rapat ,Weni menyatakan masalah kemerosotan perniagaan ayahnya yang berada di kawasan bermajoritikan orang Melayu.

IMG_2698
Kaidir memberi cadangan berdasarkan nasihat ibunya iaitu dia dan Weni harus bertukar-tukar ilmu masakan iaitu Yong Tau Fu dan Nasi Lemak dalam memikat hati Wong supaya bersedia menerima perubahan.

Pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi oleh Kaidir dalam usaha memenangi hati Wong. Sambil dibantu oleh Pak Imam ,maka akhirnya Wong terbuka minda untuk berubah.

IMG_1717
Hmmm… berdasarkan sinopsis telemovie ni, aku rasa macam menarik untuk ditonton lah pulak. Macam mana kaum Cina nak bekerjasama dengan kaum Melayu untuk sama-sama berjaya dan maju? Apakah yang dilakukan oleh bapa Weni yang pada awalnya menolak cadangan untuk bekerjasama dengan ibu Kaidir?

Haaa… macam-macam jugaklah persoalan yang timbul. Yang pasti jalan cerita dia dah buat aku tertarik nih. Tak sabar nak tunggu Ramadhan ni. Selain banyak berkatnya, makanan-makanan yang best, ada jugak rancangan TV yang menarik. Nantikan NASI YONG LEMAK TAUFU Ramadhan ini !


EmoticonEmoticon