Aug 25, 2012

RATU CANTIK DUNIA 2012 MILIK YU WENXIA DARI CHINA

Ratu Cantik 2012 | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua di sini saya ingin kongsikan dengan anda semua satu informasi yang terbaru yang baru saja saya dapatkan dari blog rakan saya .... informasi tersebut berkaitan dengan ratu cantik 2012 yang telah di menangi oleh yu wenxia dari china baru-baru ini...




Yu Wenxia, peserta ratu cantik dari China dinamakan sebagai Ratu Cantik Dunia 2012, sekali gus menjadikannya rakyat China kedua yang memenangi gelaran itu.

Kali terakhir ratu cantik China memenangi gelaran tersebut ialah pada 2007 menerusi Zhang Zilin.

Peserta dari Wales, Sophie Elizabeth Moulds pula menduduki kedudukan kedua, manakala tempat ketiga milik ratu cantik dari Australia, Jessica Michelle Kahawaty.

Wenxia, 23, yang merupakan seorang pelajar jurusan muzik berkata, dia bercita-cita mahu menjadi guru muzik.


Pertandingan Ratu Cantik Dunia kali ini juga buat pertama kalinya diadakan di bandar Ordos, Mongolia, sebuah wilayah yang kaya dengan sumber asli.

Pertandingan berprestij itu diharap dapat meningkatkan pembangunan ekonomi dan pelancongan di wilayah tersebut. - Agensi.


EmoticonEmoticon