Nov 19, 2012

Putera Rayyan Episode 9

Putera Rayyan Episode 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua.

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda Sinopsis drama bersiri putera rayyan di slot samarinda tv3.


 saksikan pada 31 Oktober nanti, Putera Rayyan dilakonkan oleh Kamal Adli, Nad Zainal, Miera Liyana, Lufya, Zila Bakarin, Aida Aris, Razali Hussen dan beberapa lagi pelakon.
Drama arahan Murali Abdullah ni mengisahkan  cinta dan konflik kekeluargaan.
Kisah ini diambil dari hikayat Bawang Putih Bawang Merah namun diolah lebih fokus kepada kisah watak utama lelaki iaitu Putera Rayyan.
Sinopsis
Putera Rayyan ( Kamal Adli) menyamar sebagai pekerja di syarikat Datuk Norman. Anak Datuk Norman, Arisa(Nad Zainal) dan Anisa juga bekerja di syarikat itu.
Putera Rayyan terpikat dengan hati budi Arisa yang melayannya dengan baik, jauh berbeza dengan Anisa yang sombong dan mementingkan status.
Baru saja cinta berputik, Datuk Norman meninggal dunia akibat kemalangan yang dirancang isteri keduanya, Nora yang juga ibu Anisa.
Sejak insiden itu, hidup Arisa dirundung malang. Rayyan berjanji mahu menjaga Arisa sebaik mungkin.
Arisa  dan Putera Rayyan  berkahwin juga tetapi kehidupan rumahtangga mereka tidak bahagia seperti yang diharapkan. Hidup mereka suami isteri bergolak disebabkan campurtangan dari pihak mertua dan juga kehadiran orang ketiga, yang mahu memusnahkan hubungan mereka.
Arisa  sering dianiaya oleh saudara tirinya Anisa. Dia didera secara fizikal dan mental hingga jiwanya tertekan, dan selalu menyalahkan dirinya atas kematian kedua ibu bapanya. Anisa sangat kejam tetapi kurang bijak, bertindak kasar serta sanggup berbuat apa saja ke atas Arisa.
Ibu mertuanya Tengku Mariam yg tidak merestui perkahwinan dia dan Rayyan dan mahu menjodohkan Rayyan dengan Tengku Suraya.
Nora pula mengatur rancangan mahu menjodohkan Rayyan dengan Anisa apabila sedar Rayyan adalah keturunan diraja yang kaya raya.
Sampai bila nasib Arisa akan dirundung malang, dapatkah Arisa dan Rayyan bahagia kembali.



Pelakon
Zila Bakarin : Tengku Mariam
Miera Liyana :Anisa
Aida Aris : Nora
Lufya : Tengku Suraya
Razali Hussin: Zul
Cerita ni ala ala hikayat bawang putih bawang merah, tapi dimodenkan, katanya ada banyak babak dera dan pukul, Miera liyana kena bawa watak suka mendera dan pukul2 , watak dia walaupun garang dan kejam tp ada dialog lucu sebab dia bodoh2 alang gitu. Kamal Adli pulak ada juga kena pukul Nad Zainal. Nad Zainal pulak kena jadi gadis lemah asyik kena buli dan menangis saja. Menarik ke tak…
Jangan lupa saksikan Samarinda Putera Rayyan , 23 episod setiap Selasa hingga Rabu 10.30 malam dan Khamis 9.30 malam.




EmoticonEmoticon