Nov 5, 2012

Sinopsis Filem Istanbul Aku Datang

Filem Istanbul Aku Datang  |Assalamualaikum dan salam sejahtera, di sini saya ingin kongsikan dengan anda sinopsis istanbul aku datang.

Istanbul aku datang diarahkan oleh Bernard  Chauly,dan mula tayangan pada  8 november 2012. Antara pelakon yang membarisi film ini adalah Lisa Surihani,Tomok,Beto Kusyairy dan Aizat Adam.

Manakala di bawah ini saya pula akan kongsikan dengan anda sinopsis istanbul aku datang..

SINOPSIS FILEM ISTANBUL AKU DATANG

Dian adalah seorang gadis yang periang dan manja. Keinginannya cuma satu – untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad. Masalahnya, Azad kini sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul, dan kursus ini tempohnya enam tahun! Tempoh itu nyata terlalu lama,
 
lalu Dian berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan dari Azad, supaya mereka boleh segera berkahwin dan dia boleh tinggal di Istanbul bersama Azad sementara Azad meneruskan pengajiannya. Malang sekali, bila tiba di Istanbul Dian disambut tawar oleh Azad.
 
Azad risau yang kehadiran Dian akan mengganggu konsentrasinya. Dia juga tidak senang yang Dian menumpang di flatnya, yang dikongsi dengan dua orang kawan-kawannya yang lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru.
 
Namun, ia tidaklah semudah yang disangka. Setelah membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati yang dia telah ditipu – rumah itu sudah pun diduduki, oleh seorang lelaki Melayu bernama Harris! Oleh kerana tuan rumah yang sebenar telah pergi bercuti,
 
terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras bahawa mereka masing-masing berhak tinggal di situ. Perang dingin pun bermula antara mereka, kerana masing-masing merasakan yang teman serumahnya begitu menjengkelkan!

Pada masa yang sama, Dian terpaksa merahsiakan situasinya dari Azad, yang pastinya akan mengamuk jika dia mendapat tahu yang Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki! Bagaimanakah kesudahan perang antara dua teman serumah ini? Dan berjayakah Dian kembali ke Kuala Lumpur dengan cincin pertunangan dari Azad?
Perhatian kepada yang ingin download istanbul aku datang nanti saya akan masukkan link download dalam entri ini ok agar korang semua boleh download dengan tenang hehe...

Manakala saya ada ayat jiwang yang ingin dikongsikan dengan korang , hehe harap korang suka la...

|
|
\ | /
|


‎::Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang,bukan dari hadiah atau pemberian semata-mata::
Jika suka Tolong like Fanpages saya ok--> Hakim Mahmud 


EmoticonEmoticon