Dec 7, 2012

Perkara Yang Membatalkan Sembahyang | Solat

Perkara Yang Membatalkan Sembahyang | Solat |Assalamualaikum kepada anda semua, di sini saya ingin berkongsi Perkara Yang Membatalkan Sembahyang .


Mungkin ramai diantara kita tidak arif  tentang hal-hal seperti ini, oleh kerana saya seorang muslim dan beragama islam, saya wajib untuk berkongsikan ilmu-ilmu tentang islam kepada saudara seagama dengan saya.

Dulu saya juga keliru dengan najis, sebagai  contoh saya berjalan - jalan dan terpijak najis lembu, lalu najis lembu itu terpercik sedikit ke seluar saya saya mengatakan bahawa seluar itu sudah terkena najis lalu tidak boleh di pakai untuk mengerjakan solat 5 waktu.

 Sangkaan saya itu salah di mana, saya telah bertanya kepada ustazah saya tentang hal ini dan beliau mengatakan bahawa, tidak sah solat kita kalau najis lembu itu masih ada di seluar kita tapi, solat kita akan sah bila kita mencuci tempat yang terkena najis itu sehingga hilang warna dan bau najis tersebut. 

Dalam hal ini kita dapat mengetahui di mana jika kita terkena najis kita masih boleh menggunkan pakaian tersebut dengan syarat kita perlu mencuci tempat yang terkena najis itu.

Baiklah saya tidak mahu membuang masa lagi , saya akan kongsikan dengan anda perkara yang membatalkan sembahyang dan soatl kita.


Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:- 
Batal Wuduk.
Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
Terbuka Aurat.
Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
Tertawa Terbahak-bahak.
Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
Berubah Niat.
Mendahulu Imam sampai dua rukun.
Meninggalkan rukun Sembahyang.


EmoticonEmoticon