BREAKING NEWS

Info Artis

Advertisement

?max-results="+numposts5+"&orderby=published&alt=json-in-script&callback=recentarticles8\"><\/script>");

Category 7

Jun 1, 2012

GERIMIS MENGUNDANG | SINOPSIS | download

GERIMIS MENGUNDANG | SINOPSI |full movie   | download | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua di sini saya ingin kongsikan dengan anda satu informasi yang berkaitan dengan sebuah drama bersiri baru 2012 ini iaitu drama bersiri gerimis mengundang.

SINOPSIS GERIMIS MENGUNDANG  | tapi di sini saya hanya ingin kongsikan sinopsisnya sahaja...
SINOPSIS GERIMIS MENGUNDANG
Zamani seorang juruterbang yang berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu telah bertemu dengan seorang gadis berasal dari Kota Jakarta, Mikha, yang juga anak kepada Pak Harjo, Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini. Pertemuan yang tidak sengaja dengan keadaan salah faham di antara Mikha dan Zamani, telah membibitkan rasa kasih sayang, apabila Pak Harjo telah tewas dalam kecelakaan ketika dalam perjalanan untuK lawatan kerja di Tamparuli, Sabah.

Dengan kekosongan hati Mikha, dia akhirnya menerima Zamani sebagai penganti kekosongan itu. Namun, ianya tidak lama apabila Doni, tunangan Mikha sejak kecil, telah bertemu mereka di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati. Sebalik dari itu, Mikha dan Doni telah memutuskan perhubungan di Kota Jakarta, kerana mereka merasakan adalah lebih sesuai untuk menjalinkan hubungan sebagai adik beradik. Mikha terus menuju ke Kota Kinabalu untuk mencari cintanya untuk Zamani.

Namun semuanya telah terlambat apabila Zamani terlibat dalam kemalangan udara apabila helikopter yang dipandunya terhempas. Mikha merasai kehilangan apabila Zamani yang dicintai telah pergi buat selama-lamanya. Inilah kisah cinta agung antara Zamani dan Mikha buat selama-lamanya.

JALAN KEMBALI BOHSIA 2 | FULL MOVIE MEDIAFIRE DOWNLOAD

SINOPSIS JALAN KEMBALI BOHSIA 2 | TRAILER | FULL MOVIE | DOWNLOAD | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua di sini saya ingin berkongsi dengan anda satu informasi tentang dunia perfileman di negara kita ini pada tahun 2012, di sini pada bulan jun 2012 terdapat beberapa filem baru 2012 pada bulan jun ini, tapi filem yang saya tertarik adalah JALAN KEMBALI BOHSIA 2 yang akan mula ditayangkan pada 7 jun 2012 ini.
Sinopsis filem Jalan Kembali Bohsia 2
Filem Jalan Kembali Bohsia 2 menceritakan tentang gadis bernama Amy, seorang ex-bohsia yang sudah bertaubat dan tidak mahu mengulangi sejarah hitamnya dengan menjejakkan kaki ke sebuah pusat pemulihan manakala Tasya, bekas rakan karibnya pula makin hanyut bergelumang dengan gejala haram dan tingkah lakunya dikawal ketat oleh Keting, teman lelakinya
Filem Jalan Kembali Bohsia 2

Seperti Amy, Muz juga telah bertaubat dan tidak mahu lagi bergelumang dengan kehidupan yang pernah sia-sia itu namun Muz dan Ijan sentiasa mencuba untuk meraih kemenangan dalam setiap perlumbaan motor yang diadakan.

Akan tetapi, keputusan Amy untuk meninggalkan pusat pemulihan adalah peluang keemasan untuk Keting memesongkan Amy ke jalan hitam. Walau bagaimanapun, dengan pertolongan daripada Muz dan Ejan, Amy dan Tasha mencari jalan untuk memusnahkan segala hasrat Keting yang ingin merosakkan lebih ramai lagi gadis – gadis yang lemah pegangan agama.


Bababk filem Jalan Kembali Bohsia 2

Pelakon Jalan Kembali Bohsia 2: Syamsul Yusof, Salina Saibi, Sofi Jikan, Nabila Had, Zizan Raja Lawak, Harun Salim Bachik, Azad Jazmin dan Hetty Serlene.

Filem aksi terbitan Skop Productionn ini  ditayangkan pada 7 Jun 2012 di pawagam seluruh negara.
Trailer Jalan Kembali Bohsia 2.

 
Copyright © 2013 Luqman Hakim
Share on Blogger Template Free Download. Powered byBlogger