10/01/12 - Luqman Hakim
BREAKING NEWS

Info Artis

Advertisement

Category 7

Oct 1, 2012

Runtun Qalbu Episode 2

Runtun Qalbu Episode 2 | Youtube Runtun Qalbu Episode 2 | Runtun Qalbu Episode 2 Watch Online.

Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia, di sini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang satu drama bersiri yang terbaru di tv3, iaitu drama bersiri Runtun QALBU .

Drama bersiri Runtun Qalbu mempunyai 13 episode kesemuanya,pada akan disiarkan pada setiap hari Jumaat.Tepat pada pukul 9 malam, antara pelakon yang membarisi Runtun Qalbu adalah Fasha Sandha, Kamal Adli, Shah Iskandar dan Fida Ibrahim.

Berikut adalah Sinopsis Drama bersiri Runtun Qalbu .

Runtun Qalbu Full Episode


Sinopsis Runtun Qalbu


Mengisahkan tentang Qalbu (kamal) yang melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun, sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu.

Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu (Fasha) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu seorang penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.

Qalbu tidak punya hobi lain selain berada di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah (Fida).

Itulah minat Qalbu, namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu lakonan pelakon muda, Shah Iskandar yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.

Kronologi perkenalan Qalbu dan Ustazah Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu, tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.

 
Copyright © 2013 Luqman Hakim
Share on Luqman Hakim. Powered byGoogle