Sep 20, 2014

Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2014 Astro

Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2014 Astro |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya. Di sini saya akan berkongsi dengan anda informasi berkaitan dengan dunia hiburan di mana semalam baru saja berlangsung majlis anugerah lawak warna 2014 astro. Berikut adalah senarai pemenang anugerah lawak warna 2014 astro.

Majlis Anugerah Lawak Warna 2014 Astro telah diadakan bertempat di Teater Selangor Shah Alam pada 9.00 malam Jumaat 19 September 2014. Kali ini anugerah lawak warna telah menyenaraikan 15 kategori kesemuanya telah dipertandingkan sebagai pengiktirafan kepada pelawak, pelakon dan produser Komedi Negara untuk martabatkan industri komedi Malaysia. Majlis ini telah di Siar secara langsung Anugerah Lawak Warna 2014 turut dihoskan oleh pengacara Dato AC Mizal bersiaran memerusi Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134).

Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2014 Astro

Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2014 Astro :

Anugerah Siri TV Komedi Terbaik (Bersiri)
  • Oh My English April Fool
Pengarah komedi terbaik (TV)
  • Bila Joyah Dah Goyah – Nazir Jamaluddin
Siri komedi hiburan terbaik (Bukan bersiri)
  • Karoot Komedia Raya
Pengarah komedi terbaik (FILEM)
  • Sejoli – Osman Ali
Anugerah Khas Juri Anugerah Lawak Warna
  • Dato Jamali Shadat
  • Hamid Gurkha
Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri)
  • Maharaja Lawak Mega 2013 (APSB/Homegrown)
Segmen Komedi Radio Paling Popular
  • Johara Pagi Era – Sketsa Johara
Rancangan komedi hiburan terbaik (Bukan bersiri)
  • Bila Joyah Dah Goyah
Filem komedi terbaik
  • Sejoli (PrimeWorks Studio)
Anugerah Khas Juri – Pencapaian Komedi Sepanjang Zaman
  • Kumpulan Senario
Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem
  • Maya Karin
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik Filem
  • Bront Palare
Pelakon komedi wanita terbaik (TV)
  • Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik TV
  • Kazar Saisi
Anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular ( Anugerah utama)
  • Sharifah Sakinah




EmoticonEmoticon