Oct 29, 2014

Beli Tiket Online Final Piala Malaysia 2014 OPPO

Beli Tiket Online Final Piala Malaysia 2014 OPPO |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya.Di sini saya ingin berkongsi cara membeli tiket online final Piala Malaysia 2014 Oppo. Mungkin masih ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu cara untuk membeli tiket bola sepak secara online dengan hanya mengguna internet. Di sini saya akan terangkan selengkapnya Cara untuk membuat pembelian tiket online final Piala Malaysia 2014 Oppo.

Beli Tiket Online Final Piala Malaysia 2014 OPPO
Google Images 


Cara beli Tiket Final Piala Malaysia 2014 Oppo secara online.Kepada penyokong pasukan Pahang dan Johor JDT untuk membeli tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 di antara pasukan Pahang VS JDT,para penyokong boleh membeli secara online di http://www.tickethotline.com.my/ bermula 29 November 2014 jam 10 pagi.Saya fahamkan sebanyak 10 000 keping tiket akan dijual secara online.

Cara Penebusan Yang Membeli Tiket Final Piala Malaysia 2014 Secara Online 

Kepada yang telah membuat pembelian tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 online . Anda boleh menebus tiket tersebut pada mereka pada 30 Oktober 2014 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 10 pagi hingga jam 6 petang. Kaunter tiket tidak akan dibuka pada hari perlawanan iaitu pada 1 November 2014. Jadi seseiapa yang telah membeli tiket online perlu menebus tiket anda pada 30 Oktober 2014.


Harga tiket final Piala Malaysia 2014

Harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 adalah seperti berikut:
– Dewasa : RM 40
– Kanak-Kanak bawah 12 tahun : RM 5
Info penting: Di Stadium Nasional Bukit Jalil, penyokong Pahang perlu masuk ke stadium melalui pintu Ungu, Biru dan Hijau. Manakala penyokong JDT perlu masuk ke stadium melalui pintu Merah, Kuning dan Hijau.


EmoticonEmoticon