Showing posts with label Tarikh dan Lokasi Himpunan Bersih 3.0. Show all posts
Showing posts with label Tarikh dan Lokasi Himpunan Bersih 3.0. Show all posts

Apr 10, 2012

Himpunan Bersih 3.0 Sah | Bersih 3.0 28 April 2012

Perhimpunan Bersih 3.0 sah  | Bersih 3.0 28 April 2012  | Assalamualaikum  dan salam sejahtera buat anda semua,Himpunan Bersih 3.0 sah kini!! Kerajaan tidak menghalang himpunan bersih 3.0 pada tarikh 28 april ini.Ketahui detail lokasi, tarikh dan tujuan -perhimpunan ini diadakan dengan klik link [Himpunan Bersih 3.0 ] ini. Dari link tersebut anda juga.

Himpunan Bersih 3.0 Sah
Berikut dalah berita ringkas kerajaan tidak halang himpunan bersih 3.0 beserta sedikit pesanan dari Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku menteri dalam negeri.

Kerajaan Tak Halang himpunan Bersih April 2012

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menghalang penganjuran perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 28 April ini kerana ia dilihat tidak membabitkan isu keselamatan.
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penganjur perlu mengadakan perbincangan dengan pihak polis berhubung tarikh dan lokasi himpunan bersih 3.0 dianjurkan agar mendapat kadar bersesuaian bagi memastikan ia tidak mengganggu ketenteraman orang ramai.

Tarikh Himpunan Bersih 3.0 | Bersih 3.0 28 April 2012

Bersih 3.0 28 April 2012 - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin kongsikan dengan anda tarikh serta lokasi di mana himpunan bersih 3.0 28 april 2012 akan dilakukan.

Tarikh dan Lokasi Himpunan Bersih 3.0

Dalam Kumpulan Bersih Malaysia tampil sekali lagi dengan cuba meniupkan semboyan untuk menghidupkan perhimpunan Bersih 3.0 Malaysia tidak lama lagi. Dijangka tarikh himpunan bersih 3.0 dan lokasi pilihan :-
  • Tarikh : 28 April 2012 (hari Sabtu)
  • Lokasi : Dataran Merdeka (Kuala Lumpur)

Tujuan Himpunan Bersih 3.0

Berdasarkan laporan MalaysiaInsider, mengatakan yang tujuan himpunan Bersih 3.0Malaysia kali ini memfokuskan reformasi yang lebih besar. Antara sebab mereka mahu mengadakan satu lagi versi perhimpunan Bersih ini adalah disebabkan :-
  1. Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) masih lagi dilihat gagal untuk menyelesaikan 8 tuntutan yang dibuat semasa perhimpunan Bersih 2.0.
  2. Lebih banyak penipuan dan bentuk manipulasi telah diperolehi.
  3. Tidak yakin Pilihanraya Umum ke 13 akan adatang dapat dilakukan dengan telus dan adil.
  4. SPR masih lagi gagal melibatkan isu asas iaitu membersihkan daftar pemilih.
  5. PSC masih lagi belum dilihat benar-benar mengusul satu kaedah yang baik bagi menyelasaikan masalah warga Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi.