BREAKING NEWS

Info Artis

Advertisement

?max-results="+numposts5+"&orderby=published&alt=json-in-script&callback=recentarticles8\"><\/script>");

Category 7

Jun 22, 2012

SINOPSIS FILEM DUA KALIMAH LAKONAN HEBAT SHAHEIZY SAM

DOWNLOAD FILEM DUA KALIMAH FULL MOVIE ? Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua di sini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah filem baru yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi, filem yang saya maksudkan itu ialah filem dua kalimah .



Baiklah di sini saya hanya ingin berkongsikan dengan anda  sinopsis filem dua kalimah .

Sinopsis filem Dua Kalimah

Dua Kalimah mengisahkan sepasang kekasih Aiman (Sam) dan Selena (Nora) gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman, sepanjang perjalanan mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang yang berlainan dan melihat sendiri azab yang diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana semasa hayat si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.

Selena yang melihat sendiri kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat, malah dia sendiri berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawa Selena kembali ke jalan Allah namun mereka semakin terpesong akidahnya.

filem Dua Kalimah

Aiman yang masih cintakan Humaira, tidak mahu mengahwini Selena, namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.

Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman adalah anak kesayangan orang kampung oleh kerana akhlaknya yang baik.

Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad untuk menceritakan hal yang sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya Aiman bertindak mengugut Selena.

Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas malah dia juga sukar untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.

Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah untuk Aiman bertaubat atas segala dosa-dosanya? Adakah Selena masih setia untuk menanti Aiman menunaikan janjinya?

Filem Dua Kalimah terbitan Metrowelath (MIG) yang ke-80 mengambil Eyra Rahman sebagai pengarah dengan menggandingkan pelakon popular Shaheizy Sam dan Nora Danish sebagai watak utama.

Post a Comment

 
Copyright © 2013 Luqman Hakim
Share on Blogger Template Free Download. Powered byBlogger