Dec 10, 2015

Semakan Keputusan PT3 2015 Online & SMS

Semakan Keputusan PT3 2015 Online dan SMS |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya. Di sini saya ingin berkongsikan para pelajar lepasan PT3 2015 yang ingin membuat semakan keputusan PT3 secara online. Mungkin masih ada yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk membuat semakan keputusan pt3? sila baca di bawah.

Kepada anda calon-calon PT3 yang telah selesai menduduki peperiksaan awam PT3 untuk tahun 2015. Anda boleh membuat semakan keputusan PT3  mulai Isnin 14 Disember 2015. Terdahulu, PT3 2015 merupakan calon kumpulan kedua yang telah mengharungi Exam PT3 sejak ianya mula dilaksanakan mulai tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaan PMR.

Semak Keputusan PT3 2015
Semakan Keputusan PT3 2015 Online & SMS
Tarikh Keputusan Rasmi PT3 2015 Diumumkan Keluar (Rasmi

Keputusan PT3 2015 akan diumumkan keluar pada Isnin 14 Disember 2015. Tarikh rasmi itu telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Semakan Keputusan PT3 2015 Menerusi Sekolah 

Calon PT3 2015 boleh mengambil slip keputusan PT3 di Sekolah Masing-Masing bermula pada pukul 10.00 pagi pada hari keputusan PT3 diumumkan keluar iaitu pada 14 Disember 2015. Format pakaian adalah memakai baju sekolah dengan kemas. 

Semakan Keputusan PT3 2015 Online 

Semakan          boleh          dibuat         menerusi        http://www.moe.gov.my/ atau http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php setelah tarikh keputusan diumumkan keluar. 

Kronologi Keputusan PT3 

2015: 14 Disember 2015 

2014: 22 Disember 2015


Pendidikan


EmoticonEmoticon