Showing posts with label DEJAVU DI KINABALU EPISODE 1. Show all posts
Showing posts with label DEJAVU DI KINABALU EPISODE 1. Show all posts

Jun 20, 2012

SINOPSIS DEJAVU DI KINABALU

SINOPSIS DEJAVU DI KINABALU ? Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya, di sini saya ingin berkongsi satu informasi iaitu berkaitan dengan drama bersiri terbaru di tv 3 yang menggantikan drama bersiri seindah sakura yang sudah sampai pengakhiran episodenya pada minggu lepas.drama bersiri baru iaitu ialah drama bersiri dejavu di kinabalu.

Baiklah di sini saya ingin kongsikan SINOPSIS DRAMA BERSIRI DEJAVU DI KINABALU.

SINOPSIS DEJAVU DI KINABALU

Menyusuli SEINDAH SAKURA, saksikan DEJAVU DI KINABALU, Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.

Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara.


Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat 
dibuang dari hatinya.



Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.

Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?