DOA NISFU SYAABAN 2012
DOA NISFU SYAABAN ? Assalamualaikum kepada hadirin hadirat sekali kerana sudi datang ke blog saya ini, di sini saya ingin kongsikan dengan anda semua informasi berkaitan dengan doa nisfu syaaban. Saya percaya masih ramai yang belum tahu atau tidak mahu ambik kesah dalam hal ini, kerana mereka merasakan doa nisfu syaaban tidak penting walau bagaimanapun saya ingin kongsikan doa nisfu syaaban . السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Maghrib ini (4.7.2012) akan masuklah 15 Syaaban 1433H iaitu Malam Nisfu Syaaban, kita disunat menghidupkan malam ini seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan beristighfar, berzikir dan membaca Al Quran terutama surah Yasin kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenam...