Showing posts with label naziha episode 7. Show all posts
Showing posts with label naziha episode 7. Show all posts

Jun 19, 2012

NAZIHA EPISODE 1 DAN 2

NAZIHA EPISOD 1,2,3,4,5,6,7,8 ?Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua sebuah drama tv terbaru untuk bulan ini..yang diberi tajuk drama bersiri naziha .




NAZIHAH (TV3)
PELAKON: Izara Aishah, Erry Putra, Ryzal Jaafar dan Zain Saidin.
MULAI: 15 Jun 2012,
HARI: hari Jumaat,
MASA:9.00 malam

DOWNLOAD DRAMA NAZIHA 
Naziha Episod 01 = DOWNLOADNaziha Episod 02 =
Naziha Episod 03 =
Naziha Episod 04 =
Naziha Episod 05 =
Naziha Episod 06 =
Naziha Episod 07 =
Naziha Episod 08 =
Naziha Episod 09 =
Naziha Episod 10 =
Naziha Episod 11 =
KREDIT: Kepalabergetar




SINOPSIS NAZIHAH (TV3)Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik. Kejelitaannya menjadi pujaan kaum lelaki termasuk rakan lelaki yang sebaya dan juga yang telah dewasa. Naziha tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana mereka mencemburui kecantikan dan kepandaian yang dimiliki oleh Naziha. Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak pernah melayan karenah mereka. Namun Farouk tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Naziha.

Pada satu hari, Naziha yang sudah tidak dapat menahan desakan Farouk, telah memalukan Farouk di depan kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa sampai mati dia tidak akan menerima cinta Farouk. Kata-kata yang dihamburkan oleh Naziha telah memalukan Farouk. Lantas Farouk berjanji akan mendapatkan Naziha tidak kira apa cara sekalipun.

Semakin lama semakin banyak masalah yang dilalui oleh Naziha. Pelbagai fitnah ditaburkan terhadapnya. Naziha sering meluahkan perasaan sedihnya pada rakan sepermainan sejak kecil iaitu Adam. Melihat kemesraan di antara Naziha dan Adam, membuatkan ibu bapa mereka berhajat untuk menyatukan mereka berdua. Namun beberapa hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan, hajat untuk menyatukan mereka berdua musnah dek kerana sebuah fitnah.

Farouk telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan Naziha. Untuk menutup rasa malu, Naziha terpaksa berkahwin dengan Farouk. Bermulalah kehidupan Naziha sebagai seorang isteri yang sering diseksa fizikal dan mental oleh suami kejam yang mengamalkan ilmu hitam untuk menakluknya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan di antara Naziha dan Farouk menjadi titik noktah buat Naziha untuk mengecapi kebahagian? Adakah Adam akan kembali menebus maruahnya setelah difitnah atau muncul orang baru yang akan menyelamatkannya dari kekejaman Farouk?