Siapakah Tok Janggut – Pejuang atau penderhaka?

Siapakah Tok Janggut adakah beliau seorang Pejuang atau penderhaka? Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya di sini saya ingin berkongsi tentang satu tokoh yang sangat disanjungi oleh Rakyat Kelantan sendiri iaitu berkaitan dengan Tok Janggut, masih ramai anak muda yang belum mengenali secara mendalam tentang biodata Tok Janggut ini, pada kali ini saya akan berkongsi kisah disebalik nama Tok Janggut. Mari kita mengenali Siapakah Tok Janggut yang sebenarnya. Haji Mat Hassan merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi di mata sejarawan-sejarawan tempatan. Seorang pejuang yang gugur syahid dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan Islam. Siapa Haji Mat Hassan? Haji Mat Hassan lebih dikenali dengan nama Tok Janggut. Dikatakan beliau mendapat gelaran ini kerana janggut panjangnya. Bagaimana kalau aku katakan yang nama Tok Janggut ini sengaja dipopularkan berbanding dengan nama asal beliau kerana ia adalah SAT...