Feb 8, 2013

Hantu Kak Limah 2 Full Movie Download

Hantu Kak Limah 2 Full Movie Download - Husin ,Mon dan Jin Pakai Toncit |Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya kongsikan sinopsis hantu kak limah 2.

Hantu Kak Limah 2

Sebelum itu, kepada yang ingin download hantu kak limah 2 full movie korang semua boleh download dekat sini ok, tapi link untuk download masih tiada so korang BOOKMARK dulu la blog saya ini, nanti senang la nak dapatkan link tu,tak payah nak cari kat blog lain or search kat google hantu kak limah 2 full movie.

Hantu Kak Limah 2 Full Movie Download |Pengarah adalah Mamat khalid,Penerbit Tayangan Unggul sdn.bhd ,genre ngeri dan komedi , hantu kak limah 2 mula ditayangkan pada 7 febuari 2013,antara pelakon yang membarisi filem hantu kak limah 2 ini adalah Awie, Usop wilcha, Rahshidi Ishak, Allahyarham Zami Ismail, Azwan Annuar, Adflin Shauki, Nuri, Adam Khalid, Man Kadir, Ezlynn, Avaa Vanja dan ramai lagi.

Sinopsis Hantu Kak Limah 2 (FULL MOVIE DOWNLOAD)

Beberapa tahun selepas kejadian "Hantu Kak Limah" Husin telah bangkrap akibat ditipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon, wanita yang mula-mula mengisi taman hatinya semasa Kampung Pisang di landa Zombi dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM.

Namun beberapa hari selepas itu Kampung Pisang telah dilanda sesuatu perkara yang aneh. Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui.

Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan Maggi dari Singapura.

DOWNLOAD FILEM HANTU KAK LIMAH 2 FULL MOVIE ( WATCH ONLINE )


Sehangat Asmara Sinopsis dan Download

Sehangat Asmara |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin berkongsi dengan anda sinopsis dan download episode sehangat asmara.



Sehangat asmara akan ditayangkan di saluran astro mustika dan astro gempak.Akan mula disiarkan pada 21 januari 2013 pada pukul 10 malam setiap hari isnin hingga khamis , dan sehangat asmara mempunyai 33 episode kesemuanya.Antara pelakon yang membintangi Drama bersiri Sehangat Asmara adalah di Putra, Rita Rudaini, Shahrizal Jaszle, Afzan Rahman, Izreen Azminda, Nur Fureena.

Sinopsis Sehangat Asmara ( versi novel )

Mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang melanjutkan pelajaran di luar negara, bertemu dengan Zainal Arief, satu pertemuan yang membuahkan “ Cinta pandang pertama". 

Demi cinta mereka bersatu , namun perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga. kerana ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka.

Detik-detik kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Namun janji tinggal janji, Zainal menghilang tanpa khabar berita membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief, Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara. 
Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan mereka memaksa Kay melupakan Zainal. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.

Selama 9 tahun lamanya, tiada khabar berita dari Zainal. 
Tanpa diduga, Zainal muncul kembali setelah dia ternampak wajah Kay dan anak perempuan mereka dalam sebuah majalah . Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia dari pengetahuan lelaki itu.



Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Kerana dendam Kay tidak membenarkan Zainal menghampiri Misya. Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief, setelah tahu hasrat Zainal yang ingin membawa kes tuntutan ke mahkamah .

Kerana dendam dan rasa tidak puas hati, Kamilia terus terusan bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu.


Anehnya, walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal, namun 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih menyimpan perasaan cinta terhadap Kay, sehinggakan Zainal Arief melamarnya buat kali kedua kerana mahukan keluarga yang bahagia , hidup bersama Kay dan anak mereka.. 

Buntu dan binggung fikirannya, lebih-lebih lagi pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin dengan Azman.. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun,Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.

Demi anak mereka Kay sanggup hidup semula dengan Zainal walau masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali. 

Kay masih tertanya-tanya mengapa lelaki itu meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa khabar berita. Setiap kali pertanyaan tentang kisah silam diungkitkan, Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. 

Rahsia terbongkar apabila Kay bergaduh dengan adik Zainal kerana Kay masih menuduh Zainal sebagai lelaki tak bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini.

Rupanya Zainal meninggalkan Kay dan pulang ke Malaysia kerana dia telah diugut oleh bapa Kay yang kaya dan berpengaruh. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.

Akhirnya ayahnya mengaku yang dia menjadi punca Kay dan Zainal berpisah, dan dia jugalah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya. Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya. 

Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.


Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka. Tamat.

DOWNLOAD SEHANGAT ASMARA (1 - 33 TAMAT)
Sehangat Asmara Episod 01 =
Sehangat Asmara Episod 02 =
Sehangat Asmara Episod 03 =
Sehangat Asmara Episod 04 =
Sehangat Asmara Episod 05 =
Sehangat Asmara Episod 06 =
Sehangat Asmara Episod 07 =
Sehangat Asmara Episod 08 = 
Sehangat Asmara Episod 09 =
Sehangat Asmara Episod 10 =
Sehangat Asmara Episod 11 =
Sehangat Asmara Episod 12 =
Sehangat Asmara Episod 13 =
Sehangat Asmara Episod 14 =
Sehangat Asmara Episod 15 =
Sehangat Asmara Episod 16 =
Sehangat Asmara Episod 17 =
Sehangat Asmara Episod 18 =
Sehangat Asmara Episod 19 =
Sehangat Asmara Episod 20 =
Sehangat Asmara Episod 21 =
Sehangat Asmara Episod 22 =
Sehangat Asmara Episod 23 =
Sehangat Asmara Episod 24 =
Sehangat Asmara Episod 25 =
Sehangat Asmara Episod 26 =
Sehangat Asmara Episod 27 =
Sehangat Asmara Episod 28 =
Sehangat Asmara Episod 29 =
Sehangat Asmara Episod 30 =
Sehangat Asmara Episod 31 =
Sehangat Asmara Episod 32 =
Sehangat Asmara Episod 33 (TAMAT) =
Kredit:Jiwang, admya