Jul 30, 2015

Check Senarai Nama CTOS Secara Online Dan SMS

Check Semakan Senarai Nama CTOS Secara Online Dan SMS |Assalamualaikum dan salam sejahtera  terima kasih kerana anda semua datang ke blog saya. Pada kali ini saya akan berkongsi cara untuk membuat semakan nama CTOS secara Online dan melalui SMS.

CTOS (Credit Tip Off Service) adalah sistem pangkalan data setiap individu yang telah tersenarai dalam sistem tersebut bakal mengalami kesukaran dalam mendapatkan pinjaman daripada pihak Bank di Malaysia. Seperti sedia maklum, bahawa setiap individu yang ingin mendapatkan kelulusan loan dari pihak Bank, nama anda perlulah bersih dari sistem CTOS. Berikut adalah cara semakan CTOS secara online dan SMS.



Check Senarai Nama CTOS Secara Online Dan SMS

Individu perlu mendaftar menerusi sistem CTOS terlebih dahulu untuk mendapatkan CTOS ID.
Sila layari https://ctosid.ctos.com.my/ctosid/registration/individual/online/purpose

Semakan Senarai Nama CTOS Secara SMS

SMS: Type SELFCHECK (space) Your IC Number (Space) and send to 36396

Nota: Semakan CTOS guna SMS hanya bagi individu yang telah berdaftar dengan CTOS sahaja.
Kelebihan mendaftarkan CTOS User ID anda:


  • Anda akan dimaklumkan apabila CTOS memproses maklumat baru mengenai anda.
  • Anda berhak menentukan sesiapa yang boleh menerima laporan CTOS anda.
  • Anda boleh mendapatkan laporan semakdiri CTOS anda dengan mudahnya melalui internet di rumah/pejabat pada bila-bila masa.
  • Anda boleh menghubungi CTOS berkaitan laporan CTOS atau CID anda dengan mudahnya.
  • Proses urusniaga anda dengan parti yang berkaitan boleh dicepatkan