Jun 18, 2011

KOLEKSI GAMBAR ANAK PEREMPUAN PM BERTUNANG | NOORYANA NAJWA NAJIB






Salam..
Tahniah di ucapkan kepada PM DS Najib kita kerana di atas majlis pertunangan anak beliau dengan Daniyar Nazarbayev dari Kazakhtan. Majlis dilangsungkan di Seri Perdana pada Jumaat Malam semalam. Ramai VVIP yang hadir termasuk Paklah, YDPA Malaysia, Bonda Najib, dan VVIP dari luar negara turut hadir.

Sedikit biodata Daniyar, beliau berumur 22 tahun sebaya dengan Nooryana. Nooryana adalah lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, sementara Daniyar pulak menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.

Penafian..
Sebelum ini, menjadi kontroversi apabila pihak Wisma Putra, Khairy Jamaludin dan juga Dato' Sharizat Jalil telah menafikan bahawa Anak PM Najib bertunang semasa pemergian PM ke Kazakhtan. Nampaknya ada kebenarannya, rupa rupanya sambil melawat bakal menantu..itu yang betul. Apa komen anda?

Komen Lanun, semoga berbahagia..dan doa Lanun semoga mereka ada jodoh dan berkahwin dan jadi Suami Soleh n Isteri Solehah :-) Aaminn..

Gambar Tunang Anak PM Kita?
Dibawah Lanun sertakan gambar gambar Daniyar Nazarbayev Tunang kepada Nooryana Najwa Najib. Untuk semua yang nak lihat bakal suami anak sulung PM kita sila KLIK LINK ini.

Makanan SEO : Gambar Tunang Anak Najib, Tunang Nooryana Najib, Siapa Tunang Anak PM, Bakal Suami, Bakal Menantu, DS Najib Razak, Gambar Daniyar Kazakhtan.

Anak perempuan PM bertunang
  • Anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor iaitu  Nooryana Najwa, secara rasmi bertunang dengan Daniyar Nazarbayev dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya Jumaat malam.
  • Nooryana Najwa, 22, adalah lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, sementara Daniyar, 22, menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York. Pasangan itu bertemu ketika menuntut di Amerika Syarikat
  • Majlis pertunangan pasangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga serta rakan mereka, selain orang kenamaan dari Malaysia dan luar negara.
  • Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, berkenan menghadiri majlis itu.Yang turut berangkat ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.
  • Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tun Abdullah Badawi, Menteri Kabinet, timbalan menteri serta pegawai kanan Kerajaan Pusat dan negeri. Hadir sama, ibu Najib, Tun Hajah Rahah Mohamad Noah.
  • Kenamaan asing yang hadir termasuk Putera Mahkota Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan dan isteri, Sheikha Salam Hamdan Al Nahyan, serta Pengerusi Medina Council, Putera Saud Abdulaziz Al-Saud. -BERNAMA-

1 Add Comment so far

salam.. anda adalah salah seorang pememang contest review blog fix compter problems.. jom lihat keputusan


EmoticonEmoticon