(TERTIB) PANDUAN SOLAT HAJAT DENGAN BETUL . - Luqman Hakim (TERTIB) PANDUAN SOLAT HAJAT DENGAN BETUL . | Luqman Hakim
BREAKING NEWS

Info Artis

Advertisement

Category 7

Sep 30, 2011

(TERTIB) PANDUAN SOLAT HAJAT DENGAN BETUL .


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Ramai orang yang tidak tahu cara yang betul untuk solat hajat...baiklah kat sini saya akan kongsikan dengan anda cara solat hajat yang betul.

Solat sunat hajat adalah solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat yang besar mahupun hajat yang kecil, untuk dicapai, solat sunat hajat dilakukan pada malam hari iaitu 2/3 malam terakhir. Solat sunat ini dilakukan dalam 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan besertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.

PANDUAN SOLAT HAJAT:

Mandi terlebih dahulu dan mengambil wuduk. Pakaian yang bersih, yang afdal berwarna putih.

Lafaz Niat:

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

“Ushollii sunnatal haajati rok’ataini lil laahi ta’aalaa” 

Ertinya:

“Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”

SEBENARNYA SOLAT HAJAT BOLEH DILAKUKAN DALAM 22 CARA SOLAT. HANYA CARA SOLAT HAJAT PERTAMA SEHINGGA CARA SOLAT HAJAT KEEMPAT DITERANGKAN KALI INI.

1.Cara Solat Hajat yang pertama – Dibuat sebanyak 2 rakaat, Baca mana-mana ayat lazim selepas surah Al-Fatihah. Selepas salam masih mengadap kiblat, baca surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 152 kali. Kemudian mohonlah segala hajat pada Allah SWT.

2.Cara Solat Hajat yang kedua – Dibuat sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.

Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas nabi sebanyak 10 kali: 

"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallim".

Kemudian membaca Tasbih 10 kali: 

"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."

Kemudian Doa ini 10 kali: 

"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."

Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud.

3.Cara solat hajat yang ketiga – Sebelum solat, mengucapkan Asktag-firullah uladzim seberapa banyak yang boleh untuk memohon keampunan dan keredaan daripada Allah SWT. Baca Al-Fatihah sekali dan hadiah pahalanya kepada Nabi besar SAW, seterusnya kepada sekalian roh sahabat-sahabat, keluarga-keluarga mereka, para-para tabi’in, wali Allah dan ulama as solihin serta kaum Muslimin dan Muslimat.

Kemudian baca Surah Yasin sebanyak 4 kali berturut-turut kemudian baca doa berikut:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Suci (Allah) yang melepaskan dari setiap hutang,Maha Suci (Allah) yang melegakan dari setiap kesedihan. Maha Suci (Allah) dimana urusanNya diantara Kaf dan Nun,Maha Suci (Allah) dimana apabila Dia berkehendak untuk membuat sesuatu, Dia akan berkata; jadi, maka iapun terjadi. Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri, rahmatilah penghulu kami Muhammad dan lakukanlah untukku (tunaikanlah hajat ini)…………sebutkan apa-apa hajat anda dan anda bangun untuk menunaikan solat hajat sebanyak dua rakaat seperti kaifiat solat hajat yang ke-2 tadi.

4.Cara solat hajat yang keempat – Dibuat sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahiim sebanyak 786 kali. Kemudian solat sebanyak 6 rakaat dan 3 salam berturut-turut. Pada setiap rakaat hendaklah membaca Al-Fatihah dan diiringi surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 15 kali seterusnya dibuat setiap-tiap rakaat.

Apabila selesai baca doa ini:

Ertinya:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Allah sesungguhnya aku meminta dan kelebihan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dari Mu dengan kebesaran nama Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dariMu dengan kemuliaan dan kekayaan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.Dan aku meminta dariMu dengan kehebatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan kehormatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan jabarut dan malakut dan kebesaran nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan keagungan, kekuatan dan kudrat nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, angkatlah qadarku, permudahkanlah urusanku,tutupilah kelemahanku dan cukupkanlah kefakirannku”

Wasallam.

72 comments :

  1. tips yang berguna terima kasih kerana berkongsi..dapat dari mana?saya ada buku panduan 75 solat sunat doa serta wirid..tak sama ke@lebih kurang saja?

    ReplyDelete
  2. terima kasih. tips yg bagus utk d gunakan.

    ReplyDelete
  3. Tata cara yg baik, mksh atas pengalamannya.....

    ReplyDelete
  4. Thank's atas pemberitauan smga brguna.....

    ReplyDelete
  5. trimakasih ini sangat berguna bagi yang mau menjalankanya

    ReplyDelete
  6. trimakasih ini sangat berguna bagi yang mau menjalankanya

    ReplyDelete
  7. trimakasih ini sangat berguna bagi yang mau menjalankanya

    ReplyDelete
  8. terima kasih semoga atas panduan yang amat berguna dan mudah difahami...

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas panduan dan perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  10. salam..sya nk tnya sikit,cara yang kedua tu,masa sujud untuk kali kedua sebelum memberi salam,x perlu mohon masa itu ke?kena mohon selepas solat ye?

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..mohon izin copy panduan ini ye..trm ksh sgt2..

    ReplyDelete
  12. Tq....mohon share

    ReplyDelete
  13. Tq ats perkongsian

    ReplyDelete
  14. Berguna untuk orang lain

    ReplyDelete
  15. Ilmu saya masih kurang. Dapatkah kiranya tuan nyatakan DALIL al-Quran dan Sunnah Rasulullah yg menunjukkan adanya solat yang dipanggil SOLAT HAJAT?
    Terima kasih

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas perkongsian ilmu...semoga dapat dimanfaatkn sesama kita...amin.

    ReplyDelete
  17. minta izin utk share panduan ini, semoga Allah sahaja membalas segala usaha saudara ini..

    ReplyDelete
  18. Terima kasih dan boleh di jadikan panduan dalam kehidupan.... Semoga di rahmati dan diperkenankan oleh allah setiap doa yang umatnya hajatkan...amin

    ReplyDelete
  19. boleh share?

    ReplyDelete
  20. ajamaliah796@gmail.comMarch 10, 2013 at 12:45 PM

    boleh share?

    ReplyDelete
  21. Ini Sgt Beguna Bgi Sye THNKX

    ReplyDelete
  22. asalamualiakum..!adakah semua hajat yg kita pinta termakbul..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah... Termakbul

      Delete
    2. Yakin & tawakal in syaa Allah termakbul.. solat 5 waktu haruslah lengkap..

      Delete
  23. Alhamdulillah...... ingatlah teman kite ada Allah dan Allah itu maha perkenankan.....amin

    ReplyDelete
  24. minta maaf admin...
    boleh beritahu ada tak dalil atau hadis yang mengatakan mengenai kewajiban jumlah bacaan dan surah-surah dibaca? sebab saya masih keliru mengenainya.

    ReplyDelete
  25. Terbaik....alhamdulliah....

    ReplyDelete
  26. Terima kasih di atas panduan yg di atas... Alhamdulillah

    ReplyDelete
  27. as salam.. soalan sy selepas bertasbih n ucap niat. lepas tu perlu ke kita duduk tahiat akhir dan beri salam semula?

    ReplyDelete
  28. terima kasih sebab sudi berkongi informasi tentang solat hajat

    ReplyDelete
  29. Terimakasih.sangat2 membantu.mohon copy ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saja... dipersilakan copy sebab saya berniat untuk berkongsi ilmu :D terima kasih sebab sudi datang ke blog saya dan sudi sebarkan ilmu bermanfaat tentang cara solat hajat dengan betul ni...

      Delete
  30. Replies
    1. haha budok skoloh tendong ruponyo kahkahkah

      Delete
  31. Artikelnya bermanfaat gan..thanks ya :)

    ReplyDelete
  32. terima kasih atas perkongsian yang berguna ini..

    ReplyDelete
  33. Tq utk ilmu ni

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah . Dapat jugak jumpa cara² solat hajat dengan betul . Syukran jazilan . Semoga anda dirahmati Allah S.W.T . Amiin . :)

    ReplyDelete
  35. trima ksh...perkongsian ilmu yg baik

    ReplyDelete
  36. salam..syukran..ilmu yg sgt bermanfaat utk dikongsikan

    ReplyDelete
  37. Trimakasih ya mas dengan guidence solat hajat. May ALLAH swt bless you and you..

    ReplyDelete

 
Copyright © 2013 Luqman Hakim
Share on Luqman Hakim. Powered byGoogle