BREAKING NEWS

Info Artis

Advertisement

?max-results="+numposts5+"&orderby=published&alt=json-in-script&callback=recentarticles8\"><\/script>");

Category 7

Jun 26, 2012

CONTOH SURAT RASMI TIDAK HADIR KE SEKOLAH

CONTOH SURAT RASMI TIDAK HADIR KE SEKOLAH  ? Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakyat Malaysia yang sudi masuk blog saya ini, di sini sebagai tanda terima kasih kepada anda saya ingin berkongsi dengan anda semua cara dan contoh membuat surat rasmi dikalau tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah, ini bagi yang masih bersekolah hehe..



Baiklah tanpa membuang banyak masa lagi di sini saya akan kongsikan contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah.

Berikut adalah contoh surat rasmi memohon cuti daripada pihak sekolah sekiranya pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah tanpa sijil sakit ataupun untuk dikepilkan sekali bersama sijil sakit. Surat rasmi memohon cuti ini penting untuk memastikan rekod berhenti sekolah kelak tidak mempunyai rekod kesalahan ponteng sekolah.

Contoh Surat Rasmi Memohon Cuti Sekolah
Wan Afiq Bin Wan Ariff
blok t-7,taman sena ,
01457,kuala kemunting
shah alam selangor
_____________________________________________________
Guru kelas 6UKM
Sek keb miru sentosa,
Jalan Parit Buntar,
04580,port dickson
perlis indera kayangan                                                                                                    18/02/2012

Tuan/Puan,

PER:TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk pernyataan diatas ,saya waris penjaga Wan Afiq bin Wan Ariff ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri pada 17/02/2012 .

2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mengalami demam yang bermula setelah pulang dari sekolah pada beberapa hari yang lepas.

3. Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 17/02/2012 berikutan demam yang berlanjutan. Dengan itu, saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan doktor bagi membolehkan anak saya bercuti sehari.

Saya ingin meminta maaf diatas kejadian ini dan berharap dari kerjasama pihak tuan .

Sekian terima kasih .

Yang Benar
(Wan Ariff bin Wan Zaman)

Post a Comment

 
Copyright © 2013 Luqman Hakim
Share on Blogger Template Free Download. Powered byBlogger