Jan 13, 2011

Tips untuk blogger yg berjaya

Salam 1Malaysia dan salam sejahtera buat pembaca semua, semoga korang semua berada di dalam keadaan sihat sentiasa hendaknya. Rasanya sudah agak lama aku tidak menulis mengenai dunia blogger yang penuh mencabar ini. Jom baca entri aku pada kali ini tips untuk menjadi blogger yang berjaya.
Bukan mudah untuk menjadi seorang blogger yang berjaya, banyak perkara yang perlu dilakukan dan diusahakan. Bagi aku, blogger yang berjaya adalah blogger yang berjaya menarik minat pelawat atau trafik yang tinggi ke blog melalui setiap entri yang ditulis dan ditambah dengan pembaca yang melanggan blog tersebut.
Untuk menjadi blogger yang berjaya juga perlu banyak mempelajari ilmu mengenai blogging seperti SEO, cara pengurusan blog dan cara menulis entri yang menarik untuk dibaca. Cara mudah untuk mempelajari ilmu tersebut adalah melawat blog orang lain seperti yang tertulis di blog rakan kita Syed Khalil mengenai Lawat Blog Kawan. Di mana ia boleh dianggap salah satu cara untuk menjadi blogger yang berjaya.
Bagaimana aku menggap ia adalah salah satu entri yang mampu menjadikan seseorang itu sebagai blogger yang berjaya? Ini kerana aku percaya semua blogger yang berjaya adalah bermula dari melawat blog orang lain dahulu sebelum membina sebuah blog. Belajar bagaimana hendak membina sebuah blog dan menguruskannya.
Tetapi harus diingatkan, menjadi seorang blogger yang berjaya bukanlah menjalankan aktiviti plagiat. Belajar dengan menjadikan contoh setiap blog yang dilawati bukan dengan meniru atau plagiat entri dari blog tersebut. Jadikan setiap entri blog korang 100% tulen dan bukanlah sekadar copy and paste sahaja, barulah boleh jadi seorang blogger yang berjaya.
Satu lagi perkara dalam menjadi blogger yang berjaya adalah dengan meninggalkan komen di blog yang dilawati dengan komen yang menarik dan bukan sekadar meninggalkan jejak semata-mata untuk menyeru orang lain melawat blog kita. Blogger yang berjaya adalah blogger yang bijak menarik pembaca melalui komen yang ditinggalkan di blog orang lain.
Agak-agak korang, sudah berjayakah aku menjadi seorang blogger yang berjaya?
Nota Blogger Yang Berjaya: Entri ini adalah sekadar pendapat dan ilmu yang aku ada mengenai dunia blogging. Sekiranya terdapat komen atau pendapat yang ingin dikongsikan, sila tinggalkan di ruangan komen. 



 http://blog.mohdisa.com/blogger-yang-ber...z1A14HguyW

2 Add Comment

Susah jugak nak buat orang datang lawat belog kita.
rasa macam putus asa pulak.


EmoticonEmoticon