Feb 3, 2011

Cinta Remaja Elfira Loy & Randy Panggalila


Pengarah Akui Haq Punyai Kelemahan


Teks oleh Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 27 JAN 2011: Bakat lakonan pelakon cilik yang kian meningkat remaja, Nurul Elfira Loy,17, tidak perlu dinafikan lagi kehebatannya. Bahkan pengalaman lebih lima tahun yang ditimba dalam seni lakonan telah meyakinkan dirinya untuk menerima watak yang lebih matang daripada usianya.
Sekadar ingin mencuba dan menyahut cabaran, dia bakal digandingkan dengan pelakon kacak Indonesia, Randy Panggalila yang popular dengan sinetron Cinta Kirana untuk berpasangan dalam satu drama cinta berjudul Selaginya Ada Cinta arahan, Michael Ang.
Berbangga dapat diberi peluang berpasangan dengan actor kacak dari seberang itu, Elfira bagaimanapun masih gementar untuk dipertemukan dalam set pengambaran yang bakal bermula sekitar April dan Mei ini.
"Terus-terang, alasan utama saya menerima tawaran berlakon dalam drama ini kerana ianya adalah arahan Michael Ang. Saya suka cara dia bekerja sejak dalam drama seram, Kum Kum (Astro Ria) lagi.
"Jadi saya seronok untuk bekerjasama dengannya sekali lagi. Tambahan pula saya merupakan pelakon wanita Malaysia pertama yang akan digandingkan dengan pelakon popular Indonesia, Randy.
"Sudah tentu, saya teruja walaupun masih berdebar-debar untuk bekerjasama dengan Randy. Sekalipun kami tidak pernah berjumpa, tapi apa yang saya harap agar dia dapat membantu saya membawakan babak romantik," katanya kepada portal murai.com.my.
Elfira menambah, drama berkenaan berkonsepkan cerita dongeng Cinderella yang megisahkan kisah percintaan dua remaja yang sedang belajar di kolej.
Memandangkan usianya yang masih muda, dia berharap agar percubaan pertamanya membawakan watak remaja matang dan sedang bercinta akan berjaya.
"Bukan apa, saya tidak biasa mengalami perasaan bercinta, tapi saya akan terimanya sebagai cabaran dalam dunia lakonan," katanya.
Lebih membanggakan lagi, anak kedua daripada empat beradik ini telah dicalonkan sebaris dengan penyanyi Ana Rafali, Adira, Mizz Nina dan pelakon Nur Syuhadah(Dotie) untuk kategori Artis Baru Wanita Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH10).
Tidak pernah menyangka dengan pencalonan tersebut, Elfira percaya pencapaiannya awalnya itu akan akan menjadi satu titik tolak untuknya terbang lebih tinggi dalam industri hiburan seni tanah air.
"Saya sendiri bagaikan tak percaya bila diberitahu saya dicalonkan untuk anugerah berprestij itu. Saya terus terdiam bila dapat tahu saya benar-benar dicalonkan dalam kategori Artis Baru Paling Popular.
"Apa yang boleh saya katakan, saya langsung tidak mengharapkan apa-apa kemenangan untuk anugerah ini. Bagi saya, cukuplah dengan pencalonan ini saja kerana ianya sudah cukup besar buat diri saya.
"Pencalonan ini membuatkan saya perlu meningkatkan kredibiliti sebagai seorang pelakon, apatah lagi perlu belajar banyak perkara lagi," katanya lagi yang ditemui selepas sidang media drama bersiri Waktu Rehat di Subang, Selasa lalu.
Sementara itu, Elfira dan pelakon-pelakon kecil drama bersiri Waktu Rehat lain seperti Aedy Ashraf, Nasirudin Nasir bakal menemui penonton cilik untuk musim kedua di saluran Astro Disney Channel (Saluran 615) pada setiap Sabtu, mulai 12 Mac ini, jam 4.50 petang dan 5.30 petang.

2 Add Comment


EmoticonEmoticon