Luqman Hakim

Berkongsi Info berkaitan dengan Isu Semasa,Sukan, Senarai Gadget Baru, Lagu Baru 2017, Gosip Artis Malaysia, Doa dan Ayat Ruqyah.

Apakah Demam Campak?

Apa itu jangkitan campak?

Jangkitan campak disebabkan oleh jangkitan virus yang masih belum ada rawatan khusus sehingga kini.

Ia mudah berjangkit daripada seorang individu kepada individu lain melalui titisan lembapan apabila orang yang dijangkiti itu bersin atau batuk.

Gejala-gejala campak

* Demam yang tinggi

* Batuk

* Selesema dan hidung berair

* Mata kemerah-merahan dan sensitif pada cahaya

* Rasa miang dan gatal-gatal

* Ruam.

Komplikasi teruk akibat campak

* Cirit-birit

* Sawan

* Radang paru-paru (pneumonia)

* Jangkitan telinga yang boleh menyebabkan pekak

* Krup - radang dan penyekatan larinks pada kanak-kanak

* Bronkitis - radang bronkus

* Konjunktivitis - mata menjadi merah jambu dan bengkak serta menghasilkan lelehan berair atau mengandungi nanah. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan buta serta kematian

* Miokarditis - radang otot jantung yang akut atau kronik

* Hepatitis - radang pada hati

* Ensefalitis - jangkitan bakteria pada otak.

Tip penjagaan kanak-kanak yang dijangkiti campak di rumah

* Sudah tentu, kanak-kanak yang menunjukkan gejala-gejala campak perlu dibawa berjumpa doktor dengan segera.

Mereka biasanya akan diberikan ubat-ubatan yang bersesuaian sebelum dibenarkan pulang ke rumah sekiranya tiada tanda-tanda komplikasi.

* Di rumah, ambil suhu badan kanak-kanak sekurang-kurangnya sekali pada waktu pagi dan petang dan rekodkan.

* Galakkan kanak-kanak meminum air putih, jus buah-buahan, teh dan air limau.

Cecair-cecair berkenaan akan membantu menggantikan air dalam badan yang telah hilang semasa perpeluhan dan kepanasan sepanjang demam.

Ia juga akan membantu mengurangkan peluang mendapat radang paru-paru kerana ia menghalang rembesan paru-paru daripada menjadi tebal dan menyumbat laluan pernafasan.

* Gunakan alat pengewapan sejuk berangin bagi melegakan batuk dan melancarkan pernafasan.

* Kanak-kanak yang dijangkiti campak tidak sepatutnya dibenarkan membaca atau menonton televisyen memandangkan mata mereka yang sensitif kepada cahaya.

* Jangan biarkan kanak-kanak yang mempunyai ruam menghampiri kanak-kanak atau orang lain bagi mengelakkan jangkitan.

* Kanak-kanak memerlukan rehat yang secukupnya dan elakkan mereka daripada pergerakan yang terlalu aktif.

* Adalah lebih selamat melepaskan mereka semula ke sekolah hanya setelah tujuh hingga 10 hari mengalami demam manakala ruam tidak kelihatan lagi.
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Apakah Demam Campak?"

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 Luqman Hakim - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia