Berurut merupakan salah satu teknik rawatan tradisional untuk mengurangkan tegangan atau sakit pada badan bagi masyarakat Melayu dan Cina. Teknik mengurut juga dapat mengembalikan keceriaan pada wajah dan mengurangkan stres.
Di sebalik ratusan spa yang terdapat di ibu kota mahu pun di seluruh negara, urutan merupakan rawatan utama yang ditawar kepada pelanggan.
Malah, bagi wanita yang baru lepas bersalin, urutan tradisional seringkali menjadi pilihan. Ini kerana mereka berpendapat urutan dapat menguatkan tenaga dalam badan yang lemah ketika melalui proses melahirkan.
Selain mengembalikan tenaga, urutan melancarkan perjalanan aliran darah dengan cara memecahkan urat-urat yang tersimpul di seluruh badan terutamanya di pergelangan kaki, betis, paha, tangan dan sebagainya.
Ramai yang tidak sedar, urutan merupakan rahsia kecantikan selain penggunaan produk atau prosedur kosmetik seperti laser, botox dan pembedahan plastik.
Menyedari hakikat ini, salun kecantikan Timers Beauty menawarkan rawatan berurut untuk melancarkan pengaliran saluran limfa badan, limphatic.
Dengan mengurut bahagian-bahagian tertentu badan, ia secara tidak langsung melancarkan saluran limfa.
Ini kerana apabila sistem limfa tersekat, limfa akan membengkak. Kegagalan fungsi sistem limfa akan menyebabkan badan tidak dapat membuang toksin dan memberi kesan kepada sel darah putih.
Bagi urutan limfa badan (lymphatic drainage), ia dapat membantu melancarkan pengaliran darah, mengimbangkan hormon badan, memutihkan kulit, mengatasi masalah sembelit, kulit badan menjadi lebih anjal selain mengembalikan bentuk badan menjadi lebih langsing.
Memutihkan
Kesannya, wanita dapat tidur dengan lena kerana masalah angin atau detox dalam badan dapat diatasi.
Selain badan, teknik urutan limfa boleh dilakukan pada wajah dengan tujuan memutihkan kulit, mengurang kedutan dan membentuk muka asal seseorang. Secara tidak langsung, urutan ini dapat mengurangkan masalah sakit kepala dan menyegarkan wajah. Bagi yang berhadapan dengan masalah kulit sensitif dan takut menggunakan produk khususnya untuk mengurangkan kedutan dan bengkak pada mata, urutan ini merupakan inisiatif yang baik.
Jun 18, 2011
Teknik - Teknik urutan limfa
Artikel Terkait
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 Add Comment so far
like this one. jgn lupa ke blog kami eh. ;)
EmoticonEmoticon