Aug 25, 2011

Cara,Langkah dan Rahsia Memikat Lelaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog luq ini...hehe hari ni luq rasa rajin plak nak update blog dan rasa  nak pi blogwalking huhu sebab dah lama tak blogwalking dan trafik blog pun semakin berkurangan..sedih..tapi takpe apakan daya luq ni bukan blogger femes haha...sebab tu trafik sikit dan bukan blogger MESRA ALAM sebab luq memang susah nak bergaul dengan orang ramai maaf la korang ok...memang luq macam ini...sama di dunia yang nyata...ok

luq tidak mahu melengahkan masa yang penting ini ..ok kat sini luq ingin ajar cara bagaimana untuk memikat hati seseorang lelaki yang kita suka..hehe tapi boleh dikatakan rahsia jugak ni...huhu..



seterusnya?



Rahsia Memikat Lelaki
Tidak mustahil untuk seorang wanita memikat lelaki yang dia suka. Sekarang, duniasudah maju dan jika anda mengambil keputusan tunggu dan lihat sahaja, pasti lelaki yang anda suka itu akan dimiliki orang lain. Tidak susah sebenarnya untuk mengorat lelaki kerana mereka tiada pilihan.
Walaupun lelaki itu liar dan bersikap playboy, akhirnya dia akan jatuh cinta pada wanita yang ikhlas mencintainya. Berbeza dari wanita, walaupun ada lelaki ikhlas mencintainya, dia bebas menolak dan memilih lelaki yang dia suka untuk di jadikan pasangan hidup.
Langkah pertama untuk memikat lelaki yang anda suka adalah buka peluang pada dia untuk mencintai diri anda. Untuk itu, anda perlulah sentiasa senyum dan goda dia untuk hampiri anda. Namun, lelaki tidak suka jika anda selalu senyum dan buka peluang kepada ramai lelaki, mereka akan lebih suka pada anda jika anda hanya senyum dan menggoda dirinya.
Apabila dia perasan segala senyuman dan godaan itu adalah untuk dirinya, dia akan mula hampiri diri anda. Apabila dia hampiri diri anda, apakah tindakan terbaik yang boleh anda lakukan? Tindakan terbaik yang boleh anda lakukan adalah mengambil dia sebagai kawan dahulu.
Semasa berkawan, anda kenal dahulu isi hatinya dan beri peluang pada dia untuk kenal isi hati anda. Apabila anda berdua sudah mula rasa sayang antara satu sama lain, anda beri dia isyarat untuk ke peringkat seterusnya iaitu bercinta dan mungkin berkahwin.
Sebagai wanita, anda boleh tutup peluang lelaki yang anda tidak suka dan buka peluang pada lelaki yang anda suka. Gunakan kuasa memilih ini sepenuhnya.

1 Add Comment so far

Lebuh Raya PLUS bakal sesak bermula hari ini...
Senarai Jadual Perjalanan PLUS sempena Hari Raya Aidilfitri...
Semoga perjalanan anda selamat...

Rujuk entri ini:
http://che-armad.blogspot.com/2011/08/top-searching-senarai-jadual-perjalanan.html


EmoticonEmoticon