GAMBAR TERBARU PERODUA MYVI 1.5 EXTREME
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua,Di sini saya ingin kongsikan dengan anda info berkaitan dengan kereta terbaru buatan Malaysia yang tegah laris di pasaran iaitu Kereta Perodua MYVI 1.5 EXTREME yang dikatakan paling femes di Malaysia buat masa ini.
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjangka Myvi 1.5 yang baru akan menyumbang kepada kira-kira separuh jualan bulanan daripada 8,000 unit model Myvi. Myvi 1.5 yang baru akan tersedia di kesemua 178 bilik pameran Perodua di seluruh negara dari 15 September, kata Pengarah Urusan Datuk Aminar Rashid Salleh.
Dalam satu kenyataan hari ini, katanya jika diambil kira kejayaan Myvi 1.3 sebelum ini, edisi baru itu dikeluarkan berikutan permintaan dari pihak tertentu yang mahu mendapatkan Myvi yang mempunyai kapasiti enjin lebih besar. Tempahan bagi variasi premium dan sporty dibuka dari 12 September manakala harganya akan diumumkan pada hari pelancarannya.
Sejumlah empat variasi, yang termasuk variasi multimedia, kedua-duanya dalam transmisi manual dan automatik tersedia dalam lima warna. Mengenai Myvi 1.3, katanya tempahan dan jualan kereta itu terus mencatatkan peningkatan yang baik sejak pelancarannya pada Jun tahun ini. Perodua menerima tempahan 34,000 unit dengan 18,000 diserahkan sehingga ini.
3 Add Comment
kete mahal ni
cool...
moga berjaya dlam spm yer dik...:)
tq semua sebab sudi komen
EmoticonEmoticon