Sejumlah penyelidik di India menemukan 12 spesies katak baru. Selain spesies baru, mereka juga berhasil menemukan tiga spesies katak @ kodok yang dianggap sudah pupus.
Kalau korang nak tau "Katak adalah binatang yang sangat penting. Mereka adalah penunjuk perubahan persekitaran, bukan hanya perubahan iklim, tetapi juga peringkat pencemaran," kata ketua pasukan penyelidik yang juga ahli biologi dari University of Delhi, Sathyabhama Das Biju, seperti dikutip dari agensi berita Associated Press, minggu, 18 September 2011.
Selain penting untuk India, penemuan ini juga sangat berarti bagi dunia. Menurut kumpulan pemuliharaan, Global Wildlife Conservation, sebanyak 32 peratus katak terancam. Katak menjadi langka kerana rosaknya habitat atau pencemaran linkungan yang luar biasa parah.
Katak baru ini sangat jarang dan hanya ditemui di tempat tertentu. Biju berharap kawasan tempat ditemukannya katak-katak ini masuk dalam kategori pemuliharaan. "Malangnya, India hanya fokus melindungi dua haiwan, yakni gajah dan harimau. Sedangkan untuk amfibia kurang peduli, bahkan dana sangat sedikit," kata Biju.
Untuk mencari katak ini, para saintis melakukan kajian bertahun-tahun. Mereka juga harus tinggal di hutan yang gelap dan lembap untuk mendengar suara katak. Selain itu, harus teliti dan pelan-pelan melihat setiap celah batu dengan senter. Menurut biju, mereka juga mencari katak yang aktif di malam hari dan bersuara mirip kucing. Pelik kan ade katak bersuara macam kucing.
Penemuan ini dilaporkan dalam jurnal International Taxonomy Zootaxa. Dengan penemuan ini, maka jenis katak di India tercatat ada 336. Biju menganggarkan jumlah tersebut hanya separuh dari jenis katak yang hidup di alam liar di India
1 Add Comment so far
boleh jadi keliru macam ni..mana taknya katak bunyi kucing tapi tu semua kuasa Allah Dia maha berkuasa kalau Dia berfirman kun fa ya kun maka jadilah ia tiada yang mustahil padaNya
EmoticonEmoticon