Apr 3, 2012

Egtukar | Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun Online 2012

EGTUKAR | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin kongsikan sedikit informasi berkaitan dengan EGTUKAR.Sila Baca entri selanjutnya di bawah tentang Egtukar ini..



Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2012, kini dibuka semula mulai 1 hingga 30 April 2012 ni. Bagi Guru-Guru yang ingin membuat pertukaran, boleh la berbuat demikian dengan memohon melalui laman web e-GTukar, yang tertera dibawah. 

Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2012 ini adalah untuk Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran bagi sesi Jun 2012, untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44 (KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) sahaja. 


Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2012 ini akan mula dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan guru-guru ke sekolah, boleh mula disemak di e-GTukar dimulai 26 Mei 2012.

Sekiranya semasa proses permohonan pertukaran guru, terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, pemohon dikehendaki untuk menghubungi pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri yang berdekatan dengan kadar segera sebelum sesi pertukaran bermula.

Selain itu, bagi guru-guru yang menghadapi masalah untuk membuat permohonan menggunakan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing untuk mendapatkan bantuan.

Bagi guru DG44 yang ingin memohon pertukaran ke Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Kolej Matrikulasi, sila dapatkan maklumat lanjut di SINI. Untuk makluman pemohon, hanya guru peringkat menengah sahaja yang layak untuk memohon pertukaran ke Kolej Matrikulasi


EmoticonEmoticon