Luqman Hakim

Berkongsi Info berkaitan dengan Isu Semasa,Sukan, Senarai Gadget Baru, Lagu Baru 2017, Gosip Artis Malaysia, Doa dan Ayat Ruqyah.

Perkahwinan Natasha Hudson dan Carleed Khaza

Perkahwinan Natasha Hudson dan Carleed Khaza ? Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di bawah ini saya kongsikan gambar majlis pernikahan natasha hudson dan carleed khaza.


Perkahwinan Natasha Hudson dan Carleed Khaza!! Tahniah buat pasangan Natasha Hudson dan Khalid Kamal (Carleed Khaza) kerana selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan yang ringkas tetapi meriah pukul 11.55 pagi tadi.


Dalam majlis tersebut, jurunikah yang menikahkan mereka adalah Shahirman Ahmad, berwalikan hakim. Hanya dengan sekali lafaz sahaja Natasha Hudson sah menjadi isteri kepada penyanyi dan komposer muzik, Carleed Khaza dengan mas kahwin RM80 dan tiada wang hantaran.



Dalam majlis itu juga, Natasha Hudson menerima 5 dulang hantaran berupa Sirih Junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin manakala Carleed Khaza menerima 7 dulang hantaran antaranya sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin.


Selain ibubapa Carleed Khaza, Kamal Al-Bakri dan Aisha Abdul Manaf serta ibu Natasha, Ratna Hussin, turut hadir ialah 700 tetamu termasuklah keluarga, saudara mara serta teman-teman rapat kedua-dua belah pihak .


Tahniah sekali lagi buat kedua-dua pasangan pengantin. Kami doakan perkahwinan Natasha Hudson dan Carleed Khaza akan berkekalan selamanya. Dikhabarkan selepas selesai majlis pernikahan mereka itu, Carleed Khaza dan Natasha Hudson merancang untuk berbulan madu di Istanbul, Turki.

Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Perkahwinan Natasha Hudson dan Carleed Khaza"

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 Luqman Hakim - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia