May 4, 2012

Sinopsis Drama Seindah Sakura | Slot Akasia Tv 3

Sinopsis Drama Seindah Sakura | Assalamualaikum dan salam sejahatera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya untun membaca infromasi berkaitan dengan drama baru di slot akasia tv 3 2012 ini.Hurm siapa kat sini sudah tahu tajuk drama tersebut? hadoi lambat betul la korang semua ni teke, hehe jangan marah saya hanya bergurau senda dengan pembaca maaf, Drama tersebut adalah Seindah Sakura.


Drama Seindah Sakura menggantikan drama Atas Nama Cinta.Untuk pengetahuan semua Drama Seindah Sakura adalah adaptasi dari novel dan bakal bersiaran di slot Akasia TV3. Drama Seindah Sakura arahan Zul Huzaimy dan dibintangi oleh Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato' Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan ramai lagi pelakon hebat. Drama Seindah Sakura menjalani pengambaran sekitar Kuantan Pahang dan Kota Paris.


Drama terbitan Temenggung Pictures Sdn Bhd ini menampilkan Fahrin Ahmad sebagai seorang cikgu manakala fasha Sandha memegang watak seorang murid miskin dan bermasalah di sekolah. Kalau ikut jalan cerita Novel watak Cikgu Airil ( fahrin ahmad ) pada permulaannya bersangka buruk dengan Shaqira (fasha Sandha) kerana menyangka Shaqira adalah pelajar yang bermasalah. Kemudian wujud perasaan simpati seterusnya Cikgu Airil jatuh hati dengan Shaqira. Tapi kerana fitnah mereka berpisah, Cikgu Airil bawak diri ke luar negara manakala Shaqira pulak akan melalui pelbagai dugaan sampai ke tahap dia perlu berkahwin dengan datuk Walid , bapa saudara kepada Cikgu Airil.

Berapa peratus persamaan antara jalan cerita Seindah Sakura Versi Novel dan Versi Drama kena tonton dan nilai sendiri je la nanti ya. Di sebabkan masih tiada sinopsis penuh, bolehlah baca sinopsis versi novelnya dulu.

Drama Seindah Sakura adaptasi dari novel  Seindah Sakura karya  Liza Zahira
"Sejujurnya aku tak bisa bersembunyi
di sebalik perasaan ini"

Seindah Sakura mengisahkan Shakira seoarang pelajar yang sering disalah erti oleh gurunya (Cikgu Airil) sebagai seorang pelajar yang bermasalah . Tetapi kematian Moyang Kiah telah membuka kisah duka Shakira hingga menimbulkan rasa kesal di hati Airil disebabkan sikap buruk sangkanya selama ini pada Shakira. Kesudian bapa saudara Airil, Datuk Walid mengambil Shakira tinggal bersamanya menyenangkan hati Airil.

Ibu Shakira, Rosmah, yang telah lama menghilangkan diri muncul kembali tetapi kemudian ditangkap polis kerana membunuh tanpa niat lalu dipenjarakan. Disebabkan Rumah buruknya hangus dalam kebakaran, Shakira terpaksa kembali ke pangkuan Datuk Walid walaupun tahu anak datuk iaitu Anida membencinya,

Anida sentiasa ada agenda buruk terhadap Shakira malah tidak pernah menyembunyikan rasa tidak senang hatinya pada Shakira. Disebabkan cemburu dengan kemesraan antara Airil dgn Shakira, lalu Anida membuat fitnah untuk menimbulkan perasaan benci di hati Airil terhadap Shakira.

Ketegasan Airil telah mencampakkan Syakira ke rumah pemulihan akhlak walaupun dia bukan remaja rosak. Tapi fitnah telah membuat Airil percaya Syakira terlalu bebas pergaulannya, hingga sanggup menggoda Airil. Kerana Kecewa airil mengambil keputusan untuk ke luar Negara.


EmoticonEmoticon