Jun 22, 2012

NAZIHA EPISODE 2 DAN 3

NAZIHA EPISODE 2 DAN 3 ? Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya ini, di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada korang semua, hehe sebab sudi melawat ke blog saya, di sini saya ingin berkongsi dengan anda informasi berkaitan dengan drama bersiri naziha yang menggantikan drama bersiri bunga-bunga syurga .



Baiklah di bawah ini saya akan kongsikan dengan anda semua,sinopsis naziha dahulu ok..

Sinopsis Drama Naziha. Slot Zehra yang membawakan konsep kerohanian bakal muncul dengan drama Naziha bermula pada 15 Jun 2012, setiap hari Jumaat jam 9 malam.
Naziha yang diarahkan oleh Along Kamaruddin, memaparkan kisah Naziha yang terpaksa melalui pelbagai kesukaran dalam hidup hanya kerana memiliki wajah yang cantik. Sesungguhnya kecantikan itu satu anugerah yang di idamkan oleh setiap wanita tetapi malangnya ia menjadi beban kepada Naziha.

Naziha terpaksa berkorban kasih terhadap Adam dan menempuh hidup yang getir di samping Farouk sebagai suami yang mengamalkan ilmu hitam. Drama bersiri 13 episod terbitan OrangeTree Production yang mendapatkan sentuhan skrip daripada Zarihah Hassan membariskan pelakon berbakat seperti Izara Aishah (Naziha), Ryzal Jaafar (Adam), Erry Putra (Farouk), Zain Saidin (Amri), Amar Baharin (Akmal), Nik Zaris Nellydya (Vina), Nadia Kesumawati (Fauziah), Dilla Ahmad (Latifah) dan Mustapha Kamal (Cikgu Nordin).

Ryzal Jaafar (Adam), Nellydia (Vina), Izara Aishah (NAziha) & Erry Putra (Farouk)

Sinopsis Drama Naziha

Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik. Kejelitaannya menjadi pujaan kaum lelaki termasuk rakan lelaki yang sebaya dan juga yang telah dewasa. Naziha tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana mereka mencemburui kecantikan dan kepandaian yang dimiliki oleh Naziha.
Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak pernah melayan karenah mereka. Namun Farouk tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Naziha.

Pada satu hari, Naziha yang sudah tidak dapat menahan desakan Farouk, telah memalukan Farouk di depan kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa sampai mati dia tidak akan menerima cinta Farouk. Kata-kata yang dihamburkan oleh Naziha telah memalukan Farouk. Lantas Farouk berjanji akan mendapatkan Naziha tidak kira apa cara sekalipun.

Semakin lama semakin banyak masalah yang dilalui oleh Naziha. Pelbagai fitnah ditaburkan terhadapnya. Naziha sering meluahkan perasaan sedihnya pada rakan sepermainan sejak kecil iaitu Adam. Melihat kemesraan di antara Naziha dan Adam, membuatkan ibu bapa mereka berhajat untuk menyatukan mereka berdua. Namun beberapa hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan, hajat untuk menyatukan mereka berdua musnah dek kerana sebuah fitnah.

Farouk telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan Naziha. Untuk menutup rasa malu, Naziha terpaksa berkahwin dengan Farouk. Bermulalah kehidupan Naziha sebagai seorang isteri yang sering diseksa fizikal dan mental oleh suami kejam yang mengamalkan ilmu hitam untuk menakluknya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan di antara Naziha dan Farouk menjadi titik noktah buat Naziha untuk mengecapi kebahagian? Adakah Adam akan kembali menebus maruahnya setelah difitnah atau muncul orang baru yang akan menyelamatkannya dari kekejaman Farouk?


EmoticonEmoticon