Sep 12, 2012

Finopsis Film Hantu Kapcai Di Pawagam 27 September 2012

Sinopsis film hantu Kapcai di pawangan 27 September 2012 |Filem aksi komedi berjudul Hantu Kapcai akan menemui penonton di pawagam berdekatan pada 27 September 2012.


Filem Hantu Kapcai ini dibintangi oleh  barisan pelakon popular tanahair antaranya Zizan Raja Lawak,Remy Ishak,Fizz Fairuz dan Neelofa.Turut dibantu oleh pelakon seperti Izzue Islam,Dian P.Ramlee,Sabri Yunus dan ramai lagi.


Sinopsis Filem Hantu Kapcai 27 September 2012

Mengisahkan tentang Ajib, seorang mat rempit yang terbunuh dalam perlumbaan motor haram. Ajib tinggal bersama ibunya, Mak Ros dan adik lelakinya, Akim. Semasa hayatnya, dia telah meminjam wang dari Ah Long untuk menampung kos perubatan ibunya
Pada satu malam, dalam keadaan yang terdesak, Ajib bersetuju untuk berlumba haram dan membuat pertaruhan dengan Tiger. Ajib terbunuh dalam perlumbaan itu apabila Tiger menggunakan taktik kotor untuk menang
Apabila dia bangun, dia terlihat jenazah yang menyerupai dirinya di tengah ruang tamu sambil diperhatikan dan dibacakan Yasin oleh Mak Ros, Akim dan orang kampung
Konflik terjadi apabila Ah Long dan Tiger datang ke rumah dan mengugut Mak Ros dan Akim untuk membayar hutang hutang Ajib. Ajib menyedari bahawa keluarganya berada dalam bahaya, lalu berjumpa dan meminta pertolongan daripada Ibrahim, setelah mendapat tahu hanya dia yang dapat melilhat Ajib
Akim akhirnya membuat keputusan untuk menyertai perlumbaan halal yang di anjurkan oleh YB Mansur dengan harapan untuk membayar segala hutang Ajib. Berjayakah Akim dalam perlumbaan itu dalam membantu abangnya untuk melangsaikan hutang hutangnya?





EmoticonEmoticon