Sep 25, 2012

Sinopsis Filem UNTUK 3 HARI

Sinopsis Film Untuk 3 Hari |Assalamualaikum dan salam sejahtera,berikut adalah sinopsis filem untuk 3 hari.
Film untuk tiga hari ini,telah banyak tersebar di media massa mahupun surat khabar iaitu isu berkaitan dengan  lafaz cerai yang diucapkan oleh Rashidi kepada Vanida Imran dalam filem untuk 3 hari.

Berikut adalah sinopsis Panjang Filem untuk tiga hari yang akan ditayangkan di pawagam pada 20 september 2012 yang lepas...



Sinopsis Untuk 3 Hari
Filem Untuk Tiga Hari mengisahkan sebuah kisah cinta luar biasa dan agak pelik. Filem ini berkisar tentang dua pasangan kekasih yang terpaksa berkahwin atas desakan dan pilihan orang tua mereka sendiri.

Untuk itu, pasangan kekasih ini telah memutuskan untuk bercerai selepas tiga hari mereka mendirikan rumah tangga.
Dalam tempoh tiga hari mereka telah meluangkan masa bersama, mereka mulai sedar bahawa itulah jodoh yang terbaik buat mereka seperti mana yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Jadi, meneruskan perhubungan bukanlah sesuatu yang buruk dan ianya mungkin sebenarnya antara perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup mereka.
Bahagiakah kita untuk meneruskan cinta selepas melukakan hati pasangan yang diceraikan selepas 3 Hari perkahwinan?
Filem Untuk Tiga Hari ini adalah filem yang diadaptasi daripada sebuah novel popular terbitan Ahadiat Akashah.
Pelakon filem Untuk Tiga Hari: Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah, Dira Abu Zahar, Zizan Nin, Ainul Aishah, Nabil Ahmad, Zizan Raja Lawak, Fauziah Ahmad Daud, Zaibo, Khatijah Tan dan Atilia.
Penerbit: Sharad Sharan (Ombak Rindu)
Pengarah: Afdlin Shauki
Pelakon: Adflin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah
Produksi: Tarantella Pictures Sdn Bhd.
Kepada yang ingin download filem untuk 3 hari full movie, korang boleh muat turun di sini, sebab nanti saya akan masukkan link untuk download film untuk tiga hari.


EmoticonEmoticon