Nov 4, 2012

Cara Pasang Sitemap Pada Blogspot

Cara Pasang Sitemap Pada Blogspot |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua di sini saya ingin kongsikan teknik seo blogspot.

Mungkin ramai di antara blogger  terlepas pandang dalam hal ini kerana mereka lebih mementingkan coding seo dari  benda ini, benda yang saya ingin kongsikan ini adalah bermanfaat kepada para blogger yang ingin jadikan blognya mesra seo agar cepat di index oleh google.

Korang tau tak apa itu Site Map ? Sitemap adalah halaman atau page yang perlu ada pada sesebuah blog.Tips dan tutorialmengenai cara memasang sitemap ini adalah khas untuk pengguna blogspot.Untuk pengguna wordpress kebanyakan sudah sedia maklum mengenai sitemap dan cara memasangnya.


APAKAH ITU SITEMAP?

Sitemap adalah page atau halaman pada blog yang akan menunjukkan struktur yang ada pada blog kita yang mana akan memudahkan laluan search engine atau enjin carian untuk crawl atau melawat page sesebuah blog.Disamping ianya berguna untuk meningkatkan SEO sesebuah blog,sitemap juga membantu dan memudahkan pembaca untuk merujuk atau mencari sesuatu maklumat di blog kita.Kebiasaannya page ini akan diletakkan dibahagian menubar seperti yang boleh dilihat pada menubar pada blog ini.(atas sebelah kanan)

CARA MEMASANG SITEMAP PADA BLOG.

Dalam banyak2 script yang aku dah cuba,Script yang direka oleh AbuFarhan ini adalah yang terbaik untuk pengguna blogspot setakat ini.
Langkah-langkah
  • Copy code di bawah ini.
    <script style="text/javascript" src="http://www.abu-farhan.com/script/daftarisiblogger/blogtoc-min.js"></script>
    <script src="http://www.abufarhan.co.cc/feeds/posts/default?max-results=9999&amp;alt=json-in-script&amp;callback=loadtoc"></script>
    

  • Buat satu post atau entri baru dalam mode HTML. 
  • Pastekan code yang dicopy tadi dalam post baru tersebut.
  • Namakan post itu sitemap,peta halaman atau apa2 sahaja yang korang berkenan.
  • Tukarkan tulisan berwarna hijau dengan URL blog korang.Klik priview untuk melihat hasilnya.Publishkan saja post sekiranya tiada sebarang masalah.

Note:

Settingkan tarikh post untuk sitemap sebelum atau di awal2 entri pertama yang korang tulis di blog korang.Letakkannya di bawah kategori atau label yang korang boleh namakan sitemap.Jangan campur dengan label2 atau kategori lain.

Tips berkenaan sitemap ini akan lebih menarik dan memberi kesan pada SEO sekiranya korang memasang breadcrumb pada blog.

sumber : http://neodmarco.blogspot.com/2010/06/cara-pasang-sitemap-pada-blogspot-seo.html


EmoticonEmoticon