Apr 15, 2013

Permohonan Kursus Maktab Perguruan KPLSPM 2013

Permohonan Kursus Maktab Perguruan KPLSPM 2013 |Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya kongsikan informasi Permohonan Kursus Maktab Perguruan KPLSPM 2013.

Permohonan Maktab Perguan Lepasan SPM atau dikenali sebagai KPLSPM 2013 hanya terbuka kepada pelajar cemerlang sahaja. Pelajar yang berjaya dipanggil temuduga akan menduduki ujian M-Test sebelum ditawarkan KPLSPM sesi 2013. Ujian M Test bertujuan untuk menilai personaliti calon dan minat calon dalam profession perguruan.


Makluman terkini (Updated): Pihak KPM membuka peluang kepada lepasan SPM untuk menyertai program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP sesi 2013.



BERITA TERKINI: PERMOHONAN PERGURUAN LEPASAN SPM DIBUKA SEMULA MULAI 22 MAC 2013

(PROGRAM TERBUKA MAKTAB PERGURUAN 2013 LEPASAN SPM)

Permohonan Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP 2013 lepasan SPM – Ambilan Jun
Pemberitahuan Kementerian Pelajaran Malaysia  menerusi portal rasmi  http://www.moe.gov.my mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Sebagai makluman permohonan ini dibuka dan boleh dibuat secara online (atas talian) mulai tarikh 22 Mac 2013.

Keterangan program

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa
Struktur Program
  • Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
  • Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester
Syarat Kelayakan Program
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran: Dan,
  • sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut:
Bahasa MelayuSejarah; Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta lulus Bahasa Inggeris. Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Program Pengajian Yang Ditawarkan
1.  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  •  Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di institusi berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Cara Permohonan Online Perguruan 2013

1. Permohonan boleh dibuat secara online melalui http://www.moe.gov.my atau klik pada Applikasi Permohonan Perguruan 2013 bermula pada 22 Mac 2013.

2. Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.

3. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor 
rujukan sebagai pengesahan.

4. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup Permohonan


31 Mac 2013 (11.59 malam)

Contoh Permohonan Perguruan 2013 Lepasan SPM
Sila simpan nombor rujukan setelah selesai buat permohonan.

kplspm 2013

Nota PentingTalian Permohonan sudah dibuka. Setelah membuat permohonan, sila semak semula permohonan anda dan pastikan telah membuat pengesahan sebelum 31 Mac 2013 (11.59 malam). Selamat Maju Jaya

Tarikh Penting Maktab Perguruan 2013

Semakan penggilan Temuduga PISMP:
22 APRIL 2013

Tarikh Temuduga
29 April Sehingga 10 Mei 2013

Semakan Tawaran Calon Yang Berjaya
17 Jun 2013

Tarikh Pendaftaran

24 Jun 2013

Jadual KPLSPM 2013 (Kalendar Program Terbuka Maktab 2013 Lepasan SPM)


Tawaran Temuduga Maktab Perguruan 2013 Sesi Jun (Program Khas Calon SPM Cemerlang)


(PROGRAM KHAS CALON PELAJAR CEMERLANG SPM 2012)

Program Khas- Calon cemerlang SPM 2012 yang memperoleh 9A ke atas dan berminat mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2013 adalah dipelawa untuk menghadiri temu duga.

Sila layari atau klik pada Applikasi Pengesahan Temu Duga Calon SPM Cemerlang  mulai 3 April 2013 sehingga 7 April 2013 untuk pengesahan kehadiran.

Jadual KPLSPM 2013 (Kalendar Program Khas Pelajar Cemerlang SPM)

kplspm-2013

NOTA PENTING: Terdapat dua permohonan program Maktab Perguruan 2013Pertama- Permohonan terbuka dan dibuka kepada semua pelajar SPM dan Kedua- Program Khas untuk Pelajar cemerlang SPM. Harap Maklum.


EmoticonEmoticon