Jun 27, 2014

Tarikh Permulaan Puasa Pada 29 Jun 2014

Tarikh Permulaan Puasa Pada 29 Jun 2014 | Pengumuman rasmi tarikh hari bermulanya puasa selama 1 bualan bagi tahun 2014 jatuh pada 29 Jun 2014 di Malaysia. Pengisytiharan ini bermulanya puasa turut diumumkan malam ini oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Dato’ Sri Syed Danial bin Syed Ahmad. Seperti sedia maklum, tarikh untuk mencerap anak bulan Ramadhan bagi menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Jumaat, 27 Jun 2014 bersamaan 29 Syaaban 1435H. Majlis Raja-Raja bersetuju menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). Justeru, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam ini tarikh permulaan Puasa menerusi radio dan siaran televisyen.

Tarikh Permulaan Puasa Pada 29 Jun 2014


Pengumuman Rasmi Permulaan Puasa 2014 Di Malaysia

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Dato’ Sri Syed Danial bin Syed Ahmad sebentar tadi telah mengistiharkan hari mula puasa bagi tahun 2014 bersamaan 1435H jatuh pada Ahad 29 Jun 2014.

Tarikh mula Puasa 2014: 29 Jun 2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435H

Pengumuman itu telah disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Video Pengumuman Hari Mula Puasa 2014



EmoticonEmoticon