Gambar Demonstrasi Mansuh PTPTN 2012!! Kami akan kongsikan gambar demonstrasi mansuh PTPTN yang berlaku semalam dan dihadiri lebih 300 mahasiswa.

Anak-anak muda ini berkumpul dengan niat dan semangat yang sama iaitu untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.
Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.
Perhimpunan ini diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.
Kumpulan berkenaan melaungkan slogan antaranya “Najib Altantuya”, “Mansuh PTPTN”, “Jahanam Umno-BN”, “Musnah Rosmah”, “Reformasi” dan “Jahanam Najib.”
Mereka juga turut memaparkan kain rentang yang bertulis ‘Free education now!’, ‘Mahasiswa bukan robot’ dan ‘Mansuh PTPTN’.
Walaubagaimanapun, kumpulan berkenaan kemudiannya mula beredar daripada kawasan tersebut pada jam 3.30 petang dan berarak menuju Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Berikut saya kongsikan gambar keadaan sekitar demo ini berlangsung :
Gambar sekitar demo Mansuh PTPTN 14 April 2012







Ramai juga mahasiswa yang terlibat berdasarkan gambar-gambar demokrasi mansuhkan ptptn yang kami kongsikan ini. Agaknya apa hasil yang bakal mereka dapat selepas berakhirnya demo ini??
100% dicopy paste dari forblogger.net tanpa di ubah..
EmoticonEmoticon