Luqman Hakim

Berkongsi Info berkaitan dengan Isu Semasa,Sukan, Senarai Gadget Baru, Lagu Baru 2016, Gosip Artis Malaysia, Doa dan Ayat Ruqyah.

Gaddafi Mahu Lepaskan Jawatan

Gaddafi tawar serah kuasa

SERANGAN udara jet kerajaan terhadap kedudukan penentang Gaddafi di bandar Ras Lanuf menyebabkan pemberontak lari mencari tempat perlindungan.
SERANGAN udara jet kerajaan terhadap kedudukan penentang Gaddafi di bandar Ras Lanuf menyebabkan pemberontak lari mencari tempat perlindungan.
Pemberontak tolak syarat beri kekebalan, jamin aset pemimpin Libya selamat

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, menawarkan untuk meletak jawatan selepas 41 tahun berkuasa tetapi ia segera ditolak penentang selepas tawaran itu memberi syarat pemimpin berkenaan tidak didakwa dan asetnya tidak dirampas selain diberi wang tunai, lapor Al Jazeera.
Pemerintah kuku besi itu dikatakan mencadangkan satu mesyuarat dengan Parlimen Libya untuk bersetuju tempoh peralihan kuasa memberi laluan kepadanya meletak jawatan.

Tetapi, beliau juga memberi syarat mengambil langkah itu termasuk kekebalan daripada pendakwaan jenayah dan wangnya dijamin selamat.

Berikutan itu, Majlis Sementara pemberontak berpusat di bandar timur Benghazi menolak tawaran itu kerana jalan keluar itu mungkin menyinggung perasaan mangsa kekejaman Gaddafi.

Beliau dilaporkan menghantar Jadallah Azzouz Talhi, seorang bekas perdana menteri untuk bertemu pemberontak bagi menguruskan perjanjian terbabit.

Tawaran itu menyarankan diktator terbabit akan menyerahkan kuasa kepada satu jawatankuasa yang dibentuk Kongres Rakyat Awam dan diberi wang.
Sumber rapat dengan majlis pemberontak berkata beliau mendengar bahawa ‘satu formula dicadangkan pihak lain pula menyaksikan Gaddafi menyerah kuasa kepada pengerusi parlimen dan meninggalkan negara dengan sejumlah wang yang dijanjikan.”

Beliau menambah: “Saya diberitahu bahawa isu wang ini adalah satu halangan serius bagi majlis berkenaan menerima tawaran itu.”

Namun, Essam Gheriani, seorang pegawai media untuk majlis itu berkata: “Tiada tawaran sebegitu diletakkan kepada majlis setakat yang saya tahu.”

Talhi, seorang anggota parti pemerintah pada 1980-an, sebelum itu merayu kepada pemimpin pemberontak untuk mengadakan dialog dalam satu tanda jelas setakat ini bahawa Gaddafi mungkin bersedia berkompromi dengan pembangkang yang mencabar pemerintahannya.

Hakikat bahawa televisyen tempatan menapis rayuan Talhi memberi petunjuk ia diluluskan secara rasmi. Namun, anggota majlis berkata tiada ruang untuk berdialog dengan Gaddafi dan sebarang rundingan memerlukan beliau meletak jawatan.

Ditanya mengenai ucapan Talhi, pegawai pemberontak Ahmed Jabreel berkata: “Talhi adalah rakan rapat saya dan beliau dihormati secara meluas di Libya sebagai seorang lelaki yang mempertahankan Gaddafi.

“Namun, kami membuat penjelasan sebelum ini bahawa sebarang rundingan perlu supaya Gaddafi meletak jawatan. Tiada kompromi berhubung perkara itu.”

Dua akhbar berbahasa Arab, Asharq Al Awsat berpusat di London dan akhbar Al Bayan, berpusat di Emiriah Arab Bersatu – kelmarin memberi laporan bahawa Gaddafi sedang cuba melarikan diri.

Seorang daripada anak lelaki Gaddafi turut memberi amaran bahawa Libya akan terjerumus ke kancah perang saudara jika bapanya meletak jawatan. – Agensi 
Share this article :
+
9 Komentar untuk "Gaddafi Mahu Lepaskan Jawatan"

 
Copyright © 2015 Luqman Hakim - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia