Home
Unlabelled
4 Cara untuk jadi seorang Blogger yang Jahat
4 Cara untuk jadi seorang Blogger yang Jahat
1. Jadilah seorang blogger yang sangat jahat. Beritahulah satu dunia di blog anda yang mana anda memang seorang penjahat. Promosi di Digg, Stumbleupon, Facebook, Friendster, Twitter dan sebagainya tentang kejahatan anda. Dan yakin dalam diri bahawa anda memang seorang blogger yang sangat jahat. Kejahatan anda melampau-lampau dan tidak ada yang setanding dalam kejahatan anda.
2. Jadilah seorang blogger yang sungguh kuat berprasangka. Suka sangat menuduh blogger ini macam itu dan macam ini tanpa bukti. Selalu juga declare yang blogger lain tu jahat tanpa sebab. Tanpa bukti kukuh. selalu juga menuduh blogger itu penipu. Blogger itu makan duit haram dan sebagainya. Malah, blogger jahat ini juga suka mengatakan blogger itu dan blogger ini bodoh dan tidak tahu bagaimana hendak menulis blog dengan betul. Pendek cerita, blogger ini aje yang betul. Mesti itu skema yang blogger ini fatwakan. Kalau orang tuduh dia, boleh pulak dia melenting. Bagi blogger ni, dia sorang aje yang betul. Orang lain tu bodoh-bangang belaka. Aduhaii blogger jahat..
3. Jadilah seorang blogger yang sangat suka menipu dan memperdaya. Rasanya ramai blogger-blogger yang macam ini telah berjaya dilahirkan. Cuma perlu cari kalau betul-betul mahu nampak contoh blogger yang jahat ni. Hari ini cakap macam ini, esok cakap macam itu. Setiap apa yang dia tulis tu cukup sukar untuk dipercayai dan walaupun blogger macam ini biasanya ramai pengikutnya, tapi hakikatnya tak ramai yang suka dengan caranya. Cuma mungkin apa yang dia lakukan tu memang betul dapat mengaburi mata-mata pembacanya. Pendek cerita, dia memang bijak menipu. Kategori orang yang bijak-bijak gaklah blogger yang suka menipu ni. Dia bijak mengeksploitasi kehendak blogger-blogger lain terutamanya golongan yang baru nak kenal dunia blogging ini..
4. Jadilah seorang blogger yang mempunyai mulut yang sangat celupar. Maksudnya mulut dia ni sangat cabul. Celupar sangat. Dan apa yang dia sebut samada dari bibirnya itu atau dalam hatinya diterjemahkan dalam artikel-artikel dalam blognya. Bukan tak boleh, tapi tak semua orang boleh terima ayat carut-carutnya tu. Itu pasal blogger yang mungkin dikalangan yang baik-baik belaka dikategorikan sebagai blogger-blogger yang jahat hanya sebab suka mencarut yang bukan-bukan. Jadi, korang leh buat macam ni kalau nak jadi blogger yang jahat. Lagi-lagi kalau blogger perempuan yang muda-tua ni, cukup benci betul dengan blogger-blogger yang suka menggunakan ayat-ayat carut-celupar nih..
Cukuplah empat cara-cara untuk menjadi seorang blogger yang jahat yang aku ulas secara bergurau ni janganlah diambil hati sangat. Ambil yang baik, dan buang yang keruh. Aku pun bukanlah baik sangat. Ada kalanya menjadi seorang blogger yang sangat nakal. Lebih-lebih lagi kepada blogger perempuan. Maklumlah, blogger yang masih bujang kacak ni..
Ps: Lepas ni akan lahirlah ramai blogger-blogger yang jahat. Hehe..
4 Add Comment
Salam...cara orthordox! I like.
Masih tak cukup jahat lagi tu.. apa kata jadi jahat dengan pergi melawat ke tempat tuan punya blog physically dan bukannya secara blogwalking lalu menaburkan kata-kata nesta? huhu
waa...tu agak jahat..tu hehehe
haha, memang jahat cara tu.. rasanya kalau blogger yang gunakan ayat carut marut paling aku tak boleh terima..
hoho..same la but mase aq dulu pon pernah kutuk org dengan bahasa kesat..
hehe but aq da lupa blogger mne..sbb nk mintak maaf..sebab hari tu die ade ckp bende kat aq
EmoticonEmoticon